Hanya 6 bulan jer dapat lesen memandu, kisah orang utan terkaya di Dubai memang luar biasa

No Image Caption
A
A
A

BAYANGKAN, hanya tempoh enam bulan jer sudah lulus lesen memandu! Bukan manusia tetapi seekor orang utan di Dubai yang menjadi sensasi di media sosial.

Baru-baru ini, viral video haiwan primat bernama Jack yang pandai memandu sebuah kereta golf di kawasan zoo peribadi milik Sheikha Fatima Rashed Al Maktoum.

Beliau merupakan anak perempuan kepada Raja Emiriah Arab Bersatu, Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum.

No Image Caption

Lapor alfredosmovie dalam video pendek di TikTok, Jack yang berusia 20 tahun itu bukan saja terkenal dengan skil memandu, tetapi aset yang dimiliki sudah mencecah lapan angka.

Kereta sport yang dipandu misalnya, sudah bernilai USD600,000 (RM2.8 juta) antara hadiah yang diterima ketika usianya 18 tahun.

No Image Caption

Macam tak percaya, kan? Bukan setakat kereta sport yang dimiliki tetapi ada banyak lagi aset yang memang buat kita rasa wow.

Artikel Berkaitan:

Mungkin ramai tertanya-tanya apa pekerjaan Jack, kan? Apes tersebut ‘bekerja’ di zoo berkenaan sebagai pengawal, selain menjadi pelumba untuk acara perlumbaan gorilla di Dubai.

No Image Caption

Apa lebih membanggakan, Jack juga pernah menduduki podium beberapa kali selepas menjuarai perlumbaan berkenaan.

Bagi menambah skil pemanduan, pemiliknya sanggup berhabis wang untuk mengupah tiga jurulatih.

No Image Caption

Bukan saja memandu, Jack juga dikatakan suka memancing di pantai selepas habis waktu kerja.

Sebelum ini, viral video salah seekor haiwan milik hartawan tersebut iaitu Rambo yang memandu kereta golf tanpa sebarang pemantauan penjaga.

No Image Caption

Lucunya, ia memandu mengelilingi kawasan zoo untuk ‘memantau’ haiwan peliharaan lain seperti harimau dan singa yang ditempatkan dalam kandang yang luas.

Perkongsian pemilik akaun Instagram, @meckymk juga mendedahkan keluarga apes tersebut yang dijaga di dalam zoo sebagai haiwan peliharaan.

No Image Caption

Video yang dikongsikan saluran You Tube, Anamalia milik keluarga diraja Dubai tersebut juga mempamerkan kehidupan orang utan milik mereka untuk tontonan umum.

Rambo yang dikatakan suka memandu sejak kecil menarik perhatian pemiliknya sebelum diajar memandu bermuka kenderaan mainan hinggalah kereta golf.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang