LAZIMNYA, pasangan adik beradik kembar akan menyambut ulang tahun kelahiran pada hari dan tahun yang sama kan?

Meskipun lambat seminit atau sesaat untuk membezakan mana si abang atau si kakak dan si adik, namun mereka masih boleh menyambut hari jadi pada hari yang sama.

Pun begitu, lain pula kisahnya yang berlaku kepada pasangan suami isteri ini yang baru menimang cahaya mata kembar di Monterey Country, Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

kembar sambut hari jadi beza 15 minit

Lapor dailystar.co.uk, Fatima Madrigal dan pasangannya, Robert Trujillo terkedu apabila anak kembar mereka terpaksa menyambut ‘hari’ berbeza hanya kerana beza 15 minit.

Mahu dijadikan cerita, anak keempat mereka iaitu Alfredo dikatakan lahir pada jam 11.45 malam pada 31 Disember 2021 iaitu beberapa minit lebih awal sebelum adiknya, Aylin.

Pun begitu, si bongsu yang dilahirkan seberat 2.3 kilogram pula direkodkan lahir pada tepat jam 12 malam tahun baharu iaitu 1 Januari 2022.

Baca juga Perut ibu 30kg ketika hamil, kembar 9 pecah rekod dunia bakal pulang ke Mali

Meskipun terkejut dengan perbezaan tersebut, namun pasangan berkenaan melahirkan kesyukuran kerana kedua anaknya dilahirkan sihat dan selamat.

Boleh dikatakan kes kelahiran itu jarang-jarang berlaku dan menjadi kes pertama di Pusat Perubatan Natividad yang menyambutkan kelahiran pasangan kembar berkenaan.

kembar sambut hari jadi beza 15 minit

Memetik laporan Daily Star lagi, pakar yang mengendalikan pasangan berkenaan, Dr Ana Abril Arias juga menyifatkan kelahiran itu sebagai salah satu peristiwa yang paling diingati.

“Kes kelahiran ini memang jarang-jarang berlaku dan satu penghargaan kerana dapat menyambut bayi-bayi ini dengan selamat pada tahun 2021 dan 2022.

Baca juga Abang gelap, adik cerah, pasangan kembar lain kaum jarang ditemui

Iklan

“Saat indah untuk memulakan tahun baharu,” katanya.

Jika merujuk kepada data yang dikongsikan Pusat Kawalan Penyakit, dianggarkan 120,000 kelahiran kembar direkodkan berlaku di negara Uncle Sam itu setiap tahun.

Dianggarkan satu dalam 2 juta kes kelahiran pasangan kembar yang dilahirkan pada hari berbeza.

kembar sambut hari jadi beza 15 minit

Terdahulu, kes yang sama pernah berlaku di Indiana pada tahun 2019 apabila seorang wanita melahirkan anak kembar pada hari berbeza.

Iklan

Kembar pertama direkodkan dilahirkan pada jam 11.37 malam 31 Disember 2019, manakala seorang lagi pada jam 12.07 pagi pada 1 Januari 2020.

Unikkan?

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Pastinya hari jadi mereka yang mencipta sejarah tersendiri ini menjadi momen yang paling diingati kerana lain daripada lain.

Jika orang lain hanya menyambut ulang tahun kelahiran untuk sehari sahaja, pasangan kembar Alfredo dan Aylin boleh sambut dua hari berturut-turut.