Harimau putih terlepas kurungan, baham penjaganya

Harimau putih terlepas kurungan, baham penjaganya
Harimau putih terlepas kurungan, baham penjaganya
A
A
A

DUA ekor harimau dikenali sebagai Eka dan Tora yang terlepas dari sebuah taman haiwan berjaya ditangkap semula setelah membaham sehingga mati penjaganya di bandar Singkawang, Kalimantan Barat, Indonesia.

Memetik laporan tribunnews, menurut ketua polis tempatan, Prasetiyo Adhi Wibowo berkata, harimau bengal putih itu ditemui berkeliaran di sebuah hutan di sekitar Taman Haiwan Sinka di bandar Singkawang, Kalimantan Barat pada Sabtu lalu, selepas ia terlepas dari taman haiwan tersebut melalui sebuah lubang.

Malangnya seekor dari harimau itu yang dikenali sebagai Eka telah ditembak mati sebelum itu kerana bertindak ganas.

"Kami berjaya menemui dan menangkap Tora dengan memberikannya ubat penenang sementara Eka pula mati ditembak,” katanya.

Kedua-dua harimau betina yang berusia 18 bulan itu pada awalnya disangka adalah Harimau Sumatera terlepas dari taman haiwan tersebut.

Akibat hujan lebat yang melanda selama beberapa hari telah menyebabkan kandang kedua-dua harimau itu berlubang dan memudahkan kedua-dua ekor harimau tersebut meloloskan diri.

Seorang penjaga haiwan berusia 47 tahun dan beberapa haiwan lain ditemui mati berdekatan kandang harimau tersebut.

Operasi mencari harimau itu turut melibatkan para pegawai polis, askar dan pegawai pemuliharaan.

Penduduk tempatan juga diarahkan supaya tidak keluar rumah dan menjauhi diri dari kawasan taman haiwan sementara pihak berkuasa berusaha untuk memburu kembali haiwan tersebut.

Berita penangkapan semua harimau itu juga melegakan penduduk setempat dan pihak berkuasa serta berharap kejadian seumpama itu tidak lagi berulang.

https://youtu.be/pcND9j2LkLY

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang