BIARPUN baru berusia 10 tahun, seorang kanak-kanak perempuan dilaporkan memiliki tahap kecerdasan (IQ) yang luar biasa.

Adhara Perez, berasal dari Mexico yang menghidap Sindrom Asperger dilaporkan memiliki IQ lebih tinggi berbanding cendekiawan Albert Einstein dan Stephen Hawking.

Malah, Perez dikatakan memiliki tahap IQ sebanyak 162 melebihi Einstein dan Hawking hanya 160 sahaja.

Kanak-kanak istimewa tersebut menghidap sindrom Asperger yang merupakan salah satu daripada gangguan spektrum autisme.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sindrom Asperger yang dihidapi juga telah menyebabkan Perez sedikit sukar untuk berkomunikasi secara bukan lisan atau menjalin hubungan sosial dengan rakan-rakan sebayanya.

Ibunya, Nallely Sanchez berkata, anak perempuannya itu pernah mengalami kemurungan teruk sehingga tidak mahu hadir ke sekolah disebabkan sindrom yang dialaminya.

Ujarnya, apabila Perez bermain dengan rakan sebaya, dia dibuli dan ada ketikanya pernah dikurung di dalam sebuah kandang kecil serta memanggilnya dengan nama-nama seperti ‘budak pelik’ atau ‘budak gila’.

Oleh demikian kata ibunya, dia terpaksa mengambil keputusan untuk berhenti menghantar Perez ke sekolah kerana tidak mahu anaknya terus menderita.

Hebat! Kanak-kanak istimewa ini miliki IQ lebih tinggi daripada Albert Einstein

Tambahnya, pelbagai usaha dilakukan untuk menyokong anak yang disayangi sehingga membawa Perez ke sebuah pusat terapi.

Difahamkan, apa yang mengejutkan, selepas menghadiri pusat terapi itu, IQ anaknya dikenal pasti berada pada tahap yang luar biasa.

Perez berjaya menamatkan persekolahan peringkat rendah dan tinggi pada usia lapan tahun dan kini sedang melanjutkan pelajaran dalam dua kursus berbeza secara maya.

Turut dilaporkan, Perez juga fokus dalam bidang penulisan dan ketika ini sedang menulis sebuah buku berjudul Don’t Give Up.

Selain itu, kanak-kanak pintar tersebut juga sedang berusaha untuk mencipta inovasi seutas gelang pintar yang mempunyai fungsi memantau emosi kanak-kanak yang mempunyai gangguan perkembangan sama seperti dirinya.

Baca juga [VIDEO] Selamba jemur tikar dekat pagar rumah jiran, wanita luah rasa kesal dengan sikap aneh tetangganya

Sedikit info berkaitan Perez;

Nama penuh: Adhara Pérez Sánchez
Nama Panggilan: Adhara
Asal: Mexico
Usia: 10 Tahun
Lahir: 2011
Pendidikan: Universidad CNCI, Meksiko
Akun Instagram: @adhara_perez11

Sumber: Wio News