Hebatnya nenek! Boleh skor markah tinggi dalam acara menembak walaupun buta sebelah mata
SEORANG nenek dari Zhejiang, China menjadi sensasi di media sosial apabila berjaya berjaya mengumpul mata yang tinggi dalam acara menembak lapang sasar di Kazakhstan.
Bukan setakat usianya 92 tahun yang menjadi bualan ramai, malah kehebatan wanita bernama Li Guifang itu lebih terserlah kerana disahkan buta pada sebelah mata kanan.
Lapor South China Morning Post, Guifang berjaya mengejut orang ramai semasa trip percutian ke negara yang popular dengan keindahan alam flora dan fauna itu baru-baru ini.
Mana tidaknya, dengan usia lebih sembilan dekad itu berjaya mengumpulkan 97 mata pada pusingan pertama dan 87 lagi point pada pusingan seterusnya.
Pada mulanya, pihak pengurusan susah nak beri keizinan kepada warga emas itu untuk menyertai aktiviti menembak disebabkan faktor usia dan bimbang risiko yang bakal berlaku.
Lihat saja keadaan nenek yang sudah tua dan bergantung kepada mata kiri disebabkan masalah katarak yang teruk membuatkan siapa pun tak mahu ambil risiko.
#fuelshack
Namun, anak kepada wanita itu yang dikenali dengan nama Wang cuba memujuk pihak pengurusan supaya memberikan kebenaran untuk menembak menggunakan peluru hidup.
Memetik laporan media, Wang mendedahkan ibunya seorang bekas veteran tentera sukarelawan di China dan pernah berkhidmat dalam perang Korea pada tahun 1950-an.
Selepas dipujuk, akhirnya pihak pengurusan memberikan satu senapang kecil, alat bantu penglihatan dan jarak tembakan dipendekkan kepada paras minimum.
Apa yang mengejutkan, bidikan si nenek berjaya mengena tujuh sasaran dalam garisan bulatan hingga berjaya mengumpul 97 mata untuk pusingan pertama.
Tambah mengujakan, Guifang meraih 87 mata untuk pusingan seterusnya dan membuatkan pengunjung lain terkesima dan tepuk tangan.
Pemberi isyarat perang
Nak dijadikan cerita, Wang memberitahu, ibunya pernah bertugas sebagai pemberi isyarat perang, namun tidak pernah beraksi di barisan hadapan.
“Sepanjang berkhidmat, ibu pernah menerima latihan menembak dan buat penerjunan udara. Cuma selepas itu, dia tak berlatih menembak sudah lama.
“Tak sangka, ibu boleh menembak dengan baik. Walaupun mata kanan terganggu dan bergantung sepenuh pada mata kiri, tapi masih boleh dapat markah tinggi,” katanya.
Wow, memang powerlah nenek! Jauh sampai ke Kazakhtan perginya si nenek itu supaya dapat peluang untuk melepaskan kerinduan menembak.
Video yang dirakam oleh anaknya berjaya meraih hampir sejuta tanda suka dan lebih 20,000 komen yang memuji skil menembak yang masih belum luntur.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang