MAJLIS perkahwinan di Iraq menjadi perhatian dunia selepas mengorbankan lebih 100 nyawa manakala mangsa yang cedera melebihi angka 150 orang, Hari bersejarah yang sepatutnya memberikan menjadi kenangan manis buat pengantin baharu bertukar pahit buat selama-lamanya.

Menyaksikan ratusan insan tersayang pergi sekelip mata, pasangan suami isteru, Raven, 27, dan isteri, Haneen, 18, trauma sehingga ke hari ini.

Dalam perkembangan terbaru, Raven menerusi temu ramah dengan Sky News memaklumkan isterinya tidak mampu bercakap.

Baca juga: Tragedi raja sehari, 100 maut, 150 cedera kebakaran di majlis perkahwinan

Haneen kehilangan seluruh ahli keluarga. Bapa dan abangnya terbunuh dalam kebakaran itu kecuali bapanya yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Sementara 15 orang saudara mara Raven turut terkorban.

“Perasaan dalam hati ini seolah sudah mati. Kami mati rasa, mati di dalam. Dan Haneen yang berusia 18 tahun tidak boleh bercakap,” ujar Revan.

Tidak hanya itu, pengantin lelaki itu turut disoal mengenai punca kebakaran yang bermula daripada percikan bunga api.

“Ia boleh jadi litar pintas, saya tidak tahu. Tetapi api bermula di siling. Kami dapat rasa bahangnya.

“Apabila terdengar bunyi api membakar, saya melihat ke arah siling. Siling yang semuanya nilon cair dalam masa beberapa saat sahaja,” ujarnya.

Baca juga: Trauma, jadi pemarah, rosakkan diri dan suka salahkan orang. Ini ciri-ciri individu ada PTSD

Ujarnya lagi, terdapat gangguan elektrik beberapa saat sebelum acara tarian bermula.

Selepas lampu dihidupkan semula, pemuda itu teringat melihat api jatuh dari siling.

Cemas dengan apa yang berlaku, Revan menyelamatkan isterinya yang tersepit akibat gaun yang labuh.

Revan menarik Haneen dan menyeretnya keluar dari laluan api yang marak.

Baca juga: Khianat baling mercun bola atas bumbung, 9 kediaman musnah dalam kebakaran

“Saya terus mengheretnya dan cuba membawanya keluar dari pintu dapur.

“Ketika itu ramai berlari menyelamatkan diri dan tidak sengaja memijaknya sehingga menyebabkan kakinya cedera.

“Saudara-mara, kawan-kawan, orang yang kita sayangi sudah tiada,” ujar Raven.

Baca juga: #SiBibirMerah: Trauma hilang insan tersayang, segera ubati rasa sedih, usah sampai kemurungan

Iklan

 

Keluarga itu telah menghadiri majlis pengebumian ibu saudara, bapa saudara dan sepupu. Kini mereka pasrah menunggu berita sama ada bapa Haneen mampu bertahan atau tidak.

Pasangan itu juga memberitahu media tempatan bahawa kebahagiaan mereka telah musnah dan mereka tidak lagi dapat tinggal di bandar itu kerana trauma.

Awalnya media tempatan melaporkan bahawa pasangan itu telah menjadi mangsa yang maut. Namun Raven dan Haneen sebenarnya terselamat selepas melarikan diri melalui dapur.

Rakan pasangan itu dikenali sebagai Jamil al-Jamil berkata ia insiden tragis itu merupakan tamparan hebat.

Kredit foto: X @SardarSattar

“Pengantin perempuan hampir kehilangan seluruh keluarganya iaitu tiga saudara lelaki, semua bapa saudara dan anak saudara kecil,” ujarnya.

Pihak berkuasa melaporkan bahan binaan mudah terbakar turut menyumbang kepada kebakaran. Justeru, 14 kakitangan dewan perkahwinan termasuk pemiliknya telah ditahan bagi membantu siasatan.

Iklan

Dalam keadaan huru-hara selepas kebakaran itu, pegawai menawarkan angka kematian yang bercanggah dan pegawai keselamatan berkata mereka menahan kakitangan di dewan perkahwinan sebagai sebahagian daripada siasatan mereka.

Kejadian tragis 26 September lalu berlaku sekelip mata. Video menunjukkan pasangan pengantin menari perlahan dikelilingi oleh bunga api dan kira-kira 900 tetamu mereka duduk di atas meja.

Tidak lama selepas itu api kelihatan mula marak di bahagian siling dan serpihannya jatuh ke bawah menimpa tetamu yang berlari ke pintu keluar.

Sumber: Mirror, France 24

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!