MAJLIS yang meriah bagi meraikan raja sehari bertukar tragedi di Iraq apabila 100 maut manakala 150 cedera dalam kebakaran.

Majlis perkahwinan yang berlangsung di daerah Hamdaniya di wilayah Nineveh itu bertukar menjadi lokasi kebakaran dahsyat angkara bunga api.

Baca juga: Abang, adik sehidup semati, rentung dalam kebakaran. Jasad ditemui berdekatan, berikut kronologi menyayat hati

Kredit foto: Ava Media via X @SardarSattar

Pasukan keselamatan awam tempatan yang dipetik sebagai berkata, tragedi kebakaran tersebut berlaku selepas bunga api dinyalakan ketika sambutan majlis berkenaan di sebuah dewan acara besar,  Al Haytham Wedding Hall.

Sementara itu, rakaman video oleh wartawan Reuters di lokasi kebakaran itu menunjukkan anggota bomba memanjat bangunan yang hangus untuk mencari mangsa yang terselamat.

Baca juga: ‘Mereka nak baju raya hitam.’ Ibu 4 anak maut kebakaran hiba tak sempat beli, baju tadika ubat rindu

Siasatan awal menunjukkan bangunan itu diperbuat daripada bahan binaan yang sangat mudah terbakar.

Saksi berkata beratus-ratus orang berada di sana meraikan perkahwinan apabila bangunan itu terbakar pada kira-kira jam 10.45 malam waktu tempatan.

Iklan

Baca juga: Ngeri! Tubuh putus dan terpelanting dari kenderaan, kereta bawa mercun bola meletup dipanah petir

Sumber: Astro Awani, BBC, Sardar Sattar 

Kredit foto: X @SardarSattar, Ava Media

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!