HOTEL angkasa lepas pertama di dunia dengan pemandangan luar biasa planet Bumi bakal dibuka pada tahun depan, lapor akhbar The Sun UK baru-baru ini.

Syarikat angkasa lepas berpangkalan di Amerika Syarikat,yang dahulunya dikenali sebagai Orbital Assembly menyasarkan untuk melancarkan dua stesen penginapan pelancong di angkasa lepas.

Ia dinamakan sebagai Voyager dan Pioneer.

Pioneer digambarkan oleh syarikat berkenaan sebagai sebuah hotel atau penginapan angkasa lepas pertama di dunia.

Ia menyediakan aktiviti perdagangan, penyelidikan dan riadah dilaporkan akan memulakan operasi seawal tahun depan.

Pioneer mampu menempatkan 28 orang sahaja pada satu-satu masa.

Stesen tersebut dikatakan versi yang lebih kecil berbanding Voyager yang dijangka dibuka pada tahun 2027.

Stesen Voyager pula mempunyai kapasiti seramai 400 orang.

Baca juga: Kos RM570 juta, majlis praperkahwinan 3 hari anak bilionair terkaya Asia jadi perhatian dunia


Kedua-duanya dilaporkan menyerupai roda berputar yang mengorbit Bumi.

Dekorasi dalamannya pula tidak jauh berbeza dengan sebuah hotel mewah.

Bilik-bilik yang bersaiz kompak di atas kapal tersebut menyediakan pemandangan cantik, katil dan sebuah meja kerja.

Baca juga: Kelahiran tragis! Wanita pilu anak meninggal dunia ketika bersalin, kepala tertinggal dalam rahim. ‘Beri saya keadilan’

Baca juga: Bangganya karipap jadi juadah kelima terbaik dunia, berjaya kalahkan menu Itali dan Greece

 

Above Space menerusi laman webnya berkata, pengunjung kini sudah boleh menempah percutian resort mewah di angkasa lepas di stesen Pioneer.

“Tempah tempat anda di hotel angkasa mewah pertama di dunia dan nikmati pemandangan angkasa yang luar biasa dari keselesaan bilik hotel yang dipenuhi dengan graviti.

Iklan

“Di dalam Stesen Pioneer, anda akan mengalami keselesaan yang tidak terdapat pada platform angkasa lepas lain,” katanya.

Perjalanan empat hingga 18 jam ke stesen itu akan menelan kos sekurang-kurangnya AS$55 juta (RM257.6 juta).

Pengunjung berpeluang merasai keselesaan yang sama seperti dialami di Bumi.

Setiap tetamu boleh mandi dan keupayaan untuk makan dan minum sambil duduk dengan bantuan graviti buatan.

Iklan

Pun begitu, mereka juga akan dapat menikmati bilik khas yang menyediakan graviti lebih rendah dan berpeluang untuk terapung dan berputar seperti angkasawan.

Sumber The Sun UK

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!