Ibu, adik kandung diperkosa, lelaki durjana ugut bunuh tak penuhi nafsu

IBU dan adik kandung diperkosa lelaki durjana! Tergamaknya dia demi penuhi nafsu serakah.

Lelaki itu dipercayai telah memperkosa ibunya sejak tahun lalu dan adik kandungnya sendiri berusia tujuh tahun turut menjadi mangsa.

Itu yang terjadi di Indonesia, perbuatan keji itu terbongkar selepas kejadian itu diadukan kepada pihak berkuas.

Menurut laporan detiknews, kata jurucakap polis, Edwin di kabupaten Lampung Selatan, ia terbongkar selepas adiknya mengadu sakit ketika membuang air kecil.

Ujarnya, kanak-kanak itu kemudiannya mengaku telah dinodai suspek ketika disoal jirannya pada Isnin lalu.

Katanya, mereka yang prihatin dengan nasib mangsa yang masih kecil bertindak segera melaporkan kepada pihak berkuasa.

Menurut Edwin, suspek dikenali sebagai ST, 19, berjaya diberkas di kampung halamannya tidak lama selepas laporan dibuat.

Siasatan awal mendapati suspek bertindak sedemikian selepas ibunya tidak memberikan wang seperti yang diminta olehnya.

Baca juga Miliki 102 anak, 568 cucu, lelaki minta 12 isteri makan pil perancang enggan tambah zuriat lagi

Kredit foto: Agensi

Suspek mengamuk lalu memperkosa mereka dan turut mengusir ibunya keluar dari rumah.

Siasatan awal mendapati suspek pertama kali menodai ibunya pada 2021 dan kejadian itu kembali berulang pada Julai hingga Ogos lalu.

Dalam pada itu, dia turut mengugut mahu membunuh kedua-duanya jika keinginan nafsunya tidak dipenuhi.

Sementara itu, ini tindakan yang perlu dilakukan oleh mangsa jika dirogol atau diliwat;

1. Membuat laporan polis dalam masa 24 sehingga 48 jam tanpa mandi kerana bukti yang ada di badan selepas dirogol boleh dijadikan bahan bukti yang kuat kepada pihak polis untuk menahan suspek.

2. Pelaksanaan undang-undang di Malaysia semua berdasarkan bukti. Walau benar dirogol, tapi bukti tidak menyebelahi, maka memang takkan sabit hukuman bawah seksyen 376 sebab kena ada bukti penetration (memasukkan zakar ke dalam kemaluan) berlaku.

Baca juga Taktik lari bayar hutang, wanita kantoi palsukan kematian, siap muat naik gambar ‘jenazah’ di FB anak

3. Langkah seterusnya yang perlu diambil sekiranya menjadi mangsa rogol adalah;

  • Jangan tunggu lebih dari 48 Jam.
  • Jangan mandi.
  • Jangan tukar pakaian.
  • Jangan makan dan minum.
  • Jangan gosok gigi.

Tiada siapa di dunia ini yang minta dirogol kerana perkara terkutuk itu melibatkan soal maruah, harga diri dan juga kesihatan mental.

Pasti kita tidak mahu perkara sebegitu berlaku kepada kita mahupun keluarga dan rakan-rakan. Hati-hati semua wanita!

Sumber: detiknews, Twitter @syamimi_syahirah

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.