Taktik lari bayar hutang, wanita kantoi palsukan kematian, siap muat naik gambar ‘jenazah’ di FB anak

A
A
A

TAKTIK hendak lari daripada membayar hutang, seorang wanita dari Medan sanggup memalsukan kematiannya.

Hutang sebenarnya satu perkara yang diharuskan dalam Islam apabila kita sangat memerlukan sejumlah wang bagi memenuhi kehidupan seharian.

Perkara berkaitan hutang tidak boleh dibuat 'main'. Ia tetap perlu dijelaskan meskipun ketika itu kita sudah tiada lagi di dunia yang fana ini.

Namun seorang wanita, wilayah Sumatera Utara sanggup memalsukan kematiannya untuk mengelakkan diri daripada melangsaikan hutang.

Baca juga: Dipaksa pinjam RM40,000 demi majlis kahwin gah, wanita sedih lihat suami tungkus lumus bayar hutang

Kredit foto: Pexels

Pada mulanya, wanita dari Medan, Indonesia itu memuat naik satu kiriman di akaun Facebook anaknya yang menyatakan bahawa dia sudah meninggal dunia.

Baca juga: Demi langsaikan hutang, ibu ini sanggup jual anak dengan harga RM21K

Tidak hanya itu, beberapa foto memaparkan dirinya dikafankan turut dikongsikan.

Hantaran berkenaan tersebut mendakwa bahawa wanita itu kembali ke rahmatullah disebabkan kemalangan di sebuah jambatan dan jenazahnya akan dikebumikan di kampung kelahirannya di Aceh.

Bagaimanapun tembelang wanita itu pecah apabila seorang pengguna Facebook mendakwa kenyataan itu tidak benar.

Pemiutang mendakwa sudah beberapa kali meminta wanita tersebut menjelaskan hutangnya tetapi sering memberi alasan tidak mempunyai wang.

Bertangguh dengan pelbagai alasan, pemiutang hilang sabar lantas berkongsi beberapa bukti gambar yang dimuat naik itu diambil daripada Internet.

Baca juga: Hutang luar kemampuan punca muflis

 

Menerusi laman sosial Facebook, anak kepada wanita terbabit muncul mendedahkan perkara yang sebenar dan berharap agar perbuatan ibunya itu dimaafkan.

Baca juga: Penat mengemis kutip hutang, ini cara mudah tuntut tak lebih RM5,000

Sumber: Merdeka

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang