CEKIK sampai pengsan dibuatnya! Allahu.. mana agaknya letak pertimbangan dan perikemanusiaan seorang ibu terhadap anaknya sehingga tergamak berkelakuan begitu.

Itulah yang berlaku di Thailand baru-baru ini yang mana gara-gara berang kerana si suami tidak menjawab panggilan telefon, si ibu tergamak mencekik dan memijak leher anak kandungnya.

Lebih mengejutkan, wanita tersebut melakukan aksi tidak berperikmanusiaan itu sambil membuat panggilan video dengan suaminya. Kejam sungguh!

Akibatnya, kini rakaman video tersebut juga tersebar dan telah tular di media sosial sehinggakan mencetuskan rasa tidak senang dalam kalangan warganet.

Memang tak disangka seorang ibu mampu bertindak seperti itu terhadap anak kandungnya yang cuma berusia tiga tahun.

Memetik laporan World Of Buzz, wanita berkenaan nekad bertindak sedemikian kerana berang si suami yang bekerja di Bangkok tidak menjawab panggilan telefonnya sebelum ini.

Akibat tidak berfikir panjang, wanita ini kemudiaannya menggunakan anaknya sebagai ‘umpan’ bagi menakutkan dan membuatkan suaminya rasa bersalah.

Setelah suaminya menjawab panggilan telefon, dia kemudian terus mendera anaknya secara fizikal dan kelihatan kanak-kanak malang itu sudah menagis dan menjerit kesakitan selepas lehernya dicekik dan dipijak oleh si ibu bernafsu binatang!

Ibu cekek anak sampai pensan sambil buat panggilan video dengan suami

Namun si ibu langsung tidak menghiraukan rayuan anaknya malah dia tergamak menyuruh anaknya melutut semata-mata mahu menaikkan kemarahan si suami.

Namun, tidak lama kemudian, kanak-kanak malang itu akhirnya pengsan dan dilihat tidak disedarkan diri.

Iklan

Setelah rakamn itu tular, ahli keluarga suaminya yang menonton telah membuat laporan polis dan segera mengambil kanak-kanak malang itu dari si ibu untuk dijaga sementara kes disiasat.

Ibu cekek anak sampai pensan sambil buat panggilan video dengan suami

Menurut sumber, pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak yang berusia satu tahun dan kini dijaga oleh ibu bapa wanita berkenaan.

Iklan

Wanita ini juga dikatakan telah meminta maaf dan mengaku bersalah atas tindakannya itu tetapi keluarga mertuanya enggan memaafkan sebaliknya mereka menyerahkan segalanya kepada kepada pihak berkuasa.

Ibu cekek anak sampai pensan sambil buat panggilan video dengan suamiKes itu juga kini masih lagi dalam siasatan dan wanita terbabit telah didakwa kerana melanggar Akta Perlindungan Anak dan bakal dibicarakan untuk dikenakan hukuman terhadap perbuatannya.

Sumber : World Of Buzz