Ibu terkejut guru terbaik tahunan berperangai jijik, umpan murid sekolah dengan surat cinta sebelum c*bul

No Image Caption
A
A
A

HARAPKAN pagar, pagar makan padi! Memang sesuai peribahasa itu dengan sikap tak senonoh seorang guru di San Diego, California, Amerika Syarikat.

Mana tidaknya, wanita yang pernah menerima pengiktirafan Guru Terbaik Tahunan itu didapati bersalah melakukan jenayah penderaan seksual terhadap anak muridnya.

Lebih malang, kebanyakan mangsanya adalah terdiri daripada kanak-kanak lelaki bawah umur. Ada yang masih berusia 11 tahun ketika menjadi sasaran!

No Image Caption

Lapor The US Sun, Jacqueline Ma yang berusia 36 tahun itu didapati bersalah menghantar mesej menggoda kepada anak murid yang menjadi pilihannya.

Nasib baiklah aktiviti tak bermoral itu terbongkar apabila ibu salah seorang mangsa terjumpa surat cinta yang menyeramkan.

No Image Caption

Tak berdiam diri, ibu mangsa tersebut membuat laporan polis sekali gus mendedahkan sisi gelap Jacqueline yang ramai tak tahu.

Artikel Berkaitan:

Hasil siasatan polis, suspek dipercayai mendera dua murid secara seksual yang mana masing-masing masih berumur bawah 14 tahun.

No Image Caption

Perbuatan terkutuk itu berlaku ketika wanita terbabit bekerja di Sekolah Rendah Lincoln Acres di National City di San Diego.

Suspek yang juga tutor dari California itu bagaimanapun pernah menyimpan rekod jenayah sama selepas ditahan pada April 2023.

Meski pernah ditangkap, namun Jacqueline masih tak serik sampailah perbuatan jijik terkantoi.

No Image Caption

Wanitu itu ditangkap sekali lagi selepas ditemui memiliki bahan lucah membabitkan kanak-kanak bawah umur.

Bukan itu saja, dia juga mengaku bersalah atas dua pertuduhan melakukan perbuatan lucah secara paksa terhadap kanak-kanak.

Modus operandi

Hasil siasatan polis, ibu mangsa terkejut besar apabila terjumpa surat cinta dan mesej menggoda yang ditulis tangan yang dipercayai oleh Jacqueline sendiri kepada anaknya.

No Image Caption

Tak cukup dengan itu, dia tak malu menghantar gambar dirinya kepada budak lelaki itu, selain meminta yang bukan-bukan termasuk video seks.

Walaupun terdapat bukti yang mana murid tersebut tidak mahu melayan kehendaknya, namun Jacqueline masih tak mengalah.

Dia cuba grooming budak lelaki tersebut selama 10 bulan dengan umpan makanan, hadiah dan perhatian lain macam termasuk menyiapkan kerja sekolah sebelum kantoi.

Betullah orang kata, sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

Barangkali penamat buat Jacqueline apabila dia dihadapkan dengan hukuman 180 tahun penjara disebabkan penderaan seksual mengejutkan tersebut.

No Image Caption

Dalam perbicaraan baru-baru ini, Jacqueline dilihat menangis teresak-esak dan mengaku kesalahan.

Dia memberitahu mahkamah bahawa dirinya malu dengan tindakan itu.

No Image Caption

"Daripada jalan yang sepatutnya menjadi seorang guru, saya membiarkan sikap mementingkan diri sendiri mengatasi kepentingan kanak-kanak lelaki."

Baguslah ibu kepada mangsa mengambil tindakan tepat dan tak membiarkan anaknya terus menjadi mangsa. Moga insiden ini menjadi iktibar buat kita semua.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang