Idea kreatif bina rumah kubah bawah RM5,000. Teknologi SuperAdobe alternatif rumah mampu milik

A
A
A

DALAM kehidupan manusia, rumah menjadi salah satu keperluan penting tidak kira menetap di bandar mahupun kampung.

Ramai yang berpandangan, lebih baik membeli aset rumah berbanding kereta kerana nilainya semakin lama semakin tinggi.

Padanlah, harga hartanah ketika ini cukup mahal sehingga ada mencecah jutaan ringgit. Kadang-kadang boleh dikatakan nilainya tidak masuk akal.

Jika dahulu rumah teres setingkat boleh dibeli bawah RM200,OOO, kini semuanya boleh dikatakan bernilai RM400,000 ke atas, namun bergantung kepada lokasi.

Jika mahu berjimat sekalipun, kos membuat rumah bukannya murah sekarang ini, meskipun sudah ada tanah milik sendiri atau keluarga.

Pun begitu, percaya atau tidak, ada rumah yang boleh dibina di bawah kos RM5,000 sahaja!

rumah bajet superadobe

Hanya menggunakan beg berisi pasir, sudah boleh membina sebuah rumah berbentuk kubah yang diilhamkan rumah tradisional padang pasir.

Perkongsian @calearthinstitute di Instagram ternyata membuatkan ramai netizen terkesima dengan teknologi SuperAdobe yang diguna pakai.

Sekali pandang, memang ramai tidak percaya foto rumah kubah yang dikongsikan di media sosial itu sebenarnya daripada beg plastik berisi pasir.

 

rumah bajet superadobe

Idea yang dikembangkan seorang arkitek yang juga pengasas CalEarth, Nader Khalili itu wajar dipuji kerana kos memang mampu milik.

Teknologi SuperAdobe itu menggunakan beg pasir panjang, kawat berduri, tanah dan beberapa peralatan lain untuk membina dinding rumah yang mampu tahan daripada kesan gempa bumi.

Tambah menarik, teknologi tersebut pernah menerima anugerah seni bina pada tahun 2004.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

rumah bajet superadobe

Pendek kata, untuk membina rumah menggunakan teknologi SuperAdobe cukup mudah, malah semua orang boleh membinanya sendiri.

Hanya menggunakan lima bahan iaitu beg pasir tahan lasak, kawat duri, penyodok, tampers, air dan tanah selain dipadukan dengan kudrat tenaga manusia, rumah boleh dibina tanpa sebarang masalah.

Untuk menjadikan struktur rumah lebih kukuh, bahagian dinding perlu disimen sebelum ditepek dengan bebola simen sekeliling bangunan.

rumah bajet superadobe

Menarik bukan? Jika idea ini dibangunkan di Malaysia, tidak pasti sama ada sesuai atau tidak.

Namun melihat material yang diguna pakai dan foto yang dikongsikan, macam best dan nyaman saja, bahkan rekaannya tak ubah seperti bentuk busut.

Apapun, idea arkitek luar negara ini menarik untuk dikongsi bersama.

Tidak mustahil satu hari nanti arkitek tempatan tampil dengan idea bernas dan lagi menjimatkan untuk membina rumah berkualiti pada kos lebih murah.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang