BAGI seorang kaki pancing, fasa menunggu berjam-jam untuk memancing ikan mungkin bagi mereka sudah alah bisa tegal biasa.

Ini kerana menjadi satu kepuasan bagi setiap pemancing apabila membawa pulang hasil sungai atau laut yang banyak.

Selain boleh dijadikan sebagai stok makanan buat ahli keluarga, mereka pun dapat melepaskan gian memancing.

ikan kap badan dua satu kepala

Pun begitu, bagaimana pula jika tertangkap ikan yang pelik-pelik dan belum pernah dilihat seumur hidup?

Sanggupkah dijadikan sumber makanan atau disimpan di akuarium?

Kejadian yang berlaku di Bandung, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini benar-benar membuatkan ramai terkejut dan terpegun. Ya, daripada kebesaran ALLAH SWT.

Mana tidaknya, ikan kap yang berjaya ditangkap penduduk setempat itu sememangnya pelik dan luar biasa.

ikan kap badan dua satu kepala

Lapor Detik, Dodi Sopandi menemukan ikan kap tersebut ketika memancing di kawasan sungai di Ciparay, Bandung pada 8 Februari lalu.

Tidak seperti kebiasaan ikan yang mempunyai satu sirip dorsal pada bahagian atas badan, namun ikan yang ditemui oleh lelaki tersebut memang aneh.

Baca juga [VIDEO] Gaya pelik kambing hitam berjalan buat ramai merinding, padanlah pemilik mahu jual cepat-cepat

Baca juga Memang rare! Pulau ‘cap jari manusia’ mula jadi tumpuan warganet seluruh dunia

Berdasarkan cerita lelaki berkenaan, sebelum kejadian beliau bersama rakannya seperti biasa menjala ikan di kawasan sungai.

“Pun begitu, ikan yang saya temui petang itu agak mengejutkan. Tak sama seperti ikan lain, ia mempunya dua badan satu kepala.

“Ikan ini mempunyai sirip satu lagi di sebelah kiri badannya,” katanya.

ikan kap badan dua satu kepala

Teruja dengan penemuan berkenaan, lelaki tersebut kemudiannya membawa ‘ikan ajaib’ itu pulang dan menyimpan di dalam kolam kecil miliknya di rumah di Majalaya.

Tidak hanya itu, gambar ikan tersebut juga turut dikongsi di Facebook miliknya dan menjadi sensasi di media sosial.

Mungkin memikirkan keistimewaan ikan kap tersebut mempunyai nilai tersendiri, Dodi juga berkira-kira mahu menjualnya jika mempunyai pembeli yang berminat.

Iklan

ikan kap badan dua satu kepala

“Jika ada orang mahu membeli, saya sedia untuk menjualnya kerana risau untuk menjaga ikan tersebut,” katanya memetik laporan itu lagi.

Selain itu, terdapat juga beberapa kisah penemuan ikan pelik juga pernah dilaporkan media sebelum ini termasuk ikan yang mempunyai kepala seperti burung merpati.

Kejadian yang dilaporkan berlaku di Guizhou, China Selatan pada tahun 2018 itu membuatkan ramai netizen seluruh dunia teruja.

ikan kap badan dua satu kepala

Baca juga Ikan hampir 100 tahun ditempatkan di sebuah akuarium khas. Haiwan ini suka makan buah segar!

Iklan

Ini kerana rupa bentuk kepala tersebut yang mempunyai paruh seperti burung, namun pada bahagian badan kekal seperti ikan.

Memetik laporan sains.kompas.com, kemungkinan berlaku pertumbuhan sel yang rosak disebabkan faktor genetik atau kesan pencemaran bahan kimia yang mengganggu pertumbuhan normal.

Ikan yang ditemui itu bagaimanapun dilepaskan semula ke habitatnya.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Mungkin terdapat banyak lagi penemuan ikan yang rare dan pelik yang belum pernah dilihat sebelum ini.

Tidak dinafikan, kesan pencemaran yang masih berlarutan juga boleh jadi antara punca gangguan ekosistem sungai dan laut.

Justeru, marilah kita sama-sama hentikan pencemaran dan membuang sampah atau sisa-sisa kimia di tempat yang sewajarnya. #kitalaluibersama #kitajagakita