IKAN lumba-lumba adalah salah satu kehidupan laut yang bijak. Tahap IQ yang tinggi menjadikan mereka ‘cerdik.’ Tapi korang mesti tak tahu kan bahawa ikan lumba-lumba juga ada masa untuk bergembira.

Ikan lumba-lumba dikatakan memiliki beberapa sifat manusia dan salah satunya adalah reaksi mereka kepada racun kimia ikan buntal.

Dalam satu dokumentari yang dibuat oleh BBC, ikan-ikan lumba kelihatan sedang khayal atau ‘high’ dengan cara menggigit ikan buntal atau puffer fish.

 

Ikan lumba-lumba ‘khayal’ di lautan menggunakan ikan buntal

 

 

Baca Juga: Mahu kenal pasti penyakit urinari si bulus, ini pendekatan mudah yang boleh dilakukan

 

Apa yang menarik ialah mereka tahu penggunaan racun ikan buntal dalam dos yang tepat dan memberikan efek ‘high’ atau mabuk. Tidak hanya itu, ikan lumba-lumba juga tahu cara untuk membuatkan ikan buntal mengeluarkan racun itu dalam dos yang tepat.

Dalam dokumentari oleh BBC One itu, hidupan laut ini akan secara bergilir-gilir mengigit ikan buntal dan mereka akan berpusing-pusing dengan mata yang tertutup seolah-olah dalam keadaan khayal.

Seperti yang kita tahu, Neurotoxinthe yang dihasilkan oleh ikan buntal boleh membawa maut kepada manusia namun siapa sangka ia merupakan dos ‘kegembiraan’ bagi ikan lumba-lumba.

Melalui video klip tersebut, ikan lumba-lumba dilihat sedang bermain kemudian menyambar ikan buntal dan saling merebutnya sehingga racun ikan buntal terpecah.

 

Ikan lumba-lumba ‘khayal’ di lautan menggunakan ikan buntal

 

Iklan

 

Baca juga: Ceburi bidang automotif, gadis bangga jadi mekanik

 

Mereka kemudiannya dilihat seakan-akan ‘hanyut’ dalam dunia mereka dan ikan buntal mengambil peluang itu untuk melarikan diri.

Rob Pilley yang merupakan seorang zoologi dan juga penerbit berkata ini adalah rakaman pertama yang menunjukkan ikan lumba-lumba berkelakuan seperti itu.

Katanya, perkara itu sangat jarang berlaku ketika mereka dapat merakam ikan lumba-lumba ini bereksperimen menggunakan sesuatu yang bahaya bagi manusia.

Iklan

Menurut penerbitnya, John Downer, pihak produksi menggunakan kamera yang disembunyikan di dalam penyu, ikan dan sotong palsu.

Dengan kejayaan dokumentari Dolphins: Spy in the Pod tersebut, mereka akan mencipta lagi pelbagai jenis kamera yang boleh menyamar sebagai makhluk laut untuk merakan rahsia alam di lautan.

 

Sumber: Youtube BBC