INGIN kelihatan cantik, langsing dan bergaya! Itulah impian setiap wanita. Lumrah, wanita dan kecantikan memang tidak boleh dipisahkan.

Lihat sahaja deretan produk kecantikan di farmasi atau butik kosmetik, boleh dikatakan segalanya tentang kaum Hawa.

Bak kata orang, ingin kelihatan cantik dan menawan jika ada duitnya, impian akan menjadi kenyataan!

Seperti seorang guru wanita di England ini yang sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian.

Menurut laporan Mirror UK baru-baru ini, wanita berketurunan Korea Selatan, dikenali sebagai Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.

Ujarnya, Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan dia mengakui sangat mahu kelihatan serupa dengannya.

Kata Cherri, Kim juga merupakan inspirasi dan motivasi untuk dia menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita.

Tambah Cherri, pembedahan itu sangat memberi berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.

Malah, dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.

“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.

“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, ia tidak sesekali mengganggu fikiran saya,” tegasnya.

Baca juga 5 perkara yang perlu dilakukan untuk kulit kekal cantik semula jadi. Poin nombor 3 memang kena cuba

"Bila dah cantik, hari-hari tunjuk muka. Bila dah kurus, hari-hari tunjuk badan"

Sementara itu, ini sembilan tip untuk kulit wajah berseri dan cantik cara Islam;

1. Setiap kali bangun pagi pada waktu Subuh pastikan minum air suam dan selawat.

2. Amalkan membaca ‘Ya Qawiyyu’ yang bermaksud wahai yang Maha Kuat (selepas memberi salam iaitu setiap kali selesai solat fardu).

3. Banyakkan minum air putih pada waktu siang. Paling kurang lapan hingga 10 gelas.

4. Amalkan pengambilan madu yang dicampur air suam pada waktu Magrib dan Isyak.

Iklan

5. Sentiasa pelihara wajah dalam keadaan berwuduk. Pastikan rajin basuh muka dan tangan. Sebab tangan mudah melekat bakteria. Apabila tangan menyentuh wajah, bakteria akan merebak.

6. Gunakan tiga jari tengah ketika mencuci atau membilas wajah.

Baca juga Demi ibu tercinta, Jennifer Lopez dan Ben Affleck sepakat batalkan majlis resepsi perkahwinan

7. Berselawat sebanyak tiga kali pada bedak wajah dan beroda ‘Ya ALLAH, serikanlah wajahku agar yang memandang berasa tenang melihatku’.

8. Sentiasa membaca doa ketika melihat cermin. ‘Ya ALLAH sebagaimana KAU cantikkan wajahku, maka perelokkanlah pekertiku’.

Iklan

9. Setiap kali selepas solat Isyak, ambil air segelas.

– Baca Surah al-Fatihah x 1
– Baca ayat Qursi x 1
– Baca Surah al-Waqiah ayat 35-38 x 7
– Tiup dan minum ikut sunah (tiga kali teguk).

Selain itu, bagi menjaga dalaman banyakkan minum air suam atau mineral, bersenam, tidak merokok, tidur yang cukup, rehatkan kulit muka mekap, elak makan berlebihan, manjakan diri, elak stres dan sentiasa ketawa.

Semoga bermanfaat!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.