Ini baru betul bertimbang rasa. Qatar umum waktu kerja 5 jam sehari sepanjang Ramadan

glo (1)
glo (1)
A
A
A

PUKUL 5 petang boleh menjadi waktu yang paling sibuk di atas jalan raya lebih-lebih mereka yang tinggal di ibu kota.

Situasi itu lebih mendesak apabila tibanya Ramadan.

Mana tidaknya, masa itu semuanya berebut-rebut pulang ke rumah untuk menyediakan hidangan berbuka.

Sekiranya tidak berkesempatan, singgah saja ke bazar Ramadan.

 

Baca juga:Susah dan lewat bangun sahur ini cara terbaik bantu selesaikan masalah itu

Baca juga:Pasangan terkejut hantu wanita berambut bufon jadi tetamu dalam rumah

 

Bagaimanapun, perkara tersebut mungkin tidak berlaku di negara Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Memetik laporan iloveqatar, Menteri Hal Ehwal Kabinet, Mohammed Abdullah Al-Sulaiti telah menetapkan tempoh bekerja khas sepanjang bulan Ramadan.

Mula dikuatkuasa pada 30 Mac, pekerja kerajaan, agensi dan swasta hanya bekerja selama lima jam sehari bermula 9 pagi hingga 2 petang.

Tidak hanya itu, para petugas juga akan diberi masa maksimum untuk masuk ke pejabat sehingga pukul 10 pagi.

Pastinya kaedah tersebut dapat memberi peluang buat pekerja pulang ke rumah untuk beribadah dan menyediakan hidangan berbuka dengan keluarga.

Apabila mendengar seronok juga dapat balik awal pada bulan puasa. Tidak perlu fikir kesesakan dan terkejar-kejar masa sehinggakan ada yang terpaksa berbuka di atas jalan.

Melihat kepada kelonggaran itu, agak-agak boleh atau tidak dilaksanakan di negara kita pada masa akan datang?

Apa-apa pun, selamat berpuasa!

 

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang