KISAH Adam Muhammad, 52, lelaki dari United Kingdom nekad berjalan kaki dengan menolak troli dari rumahnya di Wolverhampton, England pada 1 Ogos tahun lalu di selamat tiba di tanah suci menarik perhatian ramai.

Sebak dan terharu, demikianlah ungkapan yang menggambarkan perasaan Adam apabila berjaya menjejakkan kaki ke destinasi yang dituju iaitu Makkah setelah berjalan kaki merentasi 9 negara selama 11 bulan.

Baca juga: Jual air zamzam, penjara kurang 2 tahun atau denda RM10,000 menanti

Baca juga: [VIDEO]Berkat 28 tahun setia berkhidmat, majikan hadiahkan pakej umrah

Menerusi sebuah video yang dikongsi Adam tular di laman sosial TikTok, dia kelihatan menangis kegembiraan apabila menjejakkan kaki di tanah suci sekali gus mengakhiri perjalanan sejauh 6,500 kilometer.

Bagi Adam, impian telah menjadi kenyataan walaupun ramai yang menganggap dia tidak akan dapat mencapainya.

“Haji merupakan impian paling agung yang dicintai saya,” katanya selepas menunaikan umrah dan meluangkan banyak masanya di sekitar Kaabah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by jentikhati™ (@jentikhati)

Adam berkongsi kepada Saudi Gazette idea pengembaraannya bermula semasa perintah kawalan pergerakan beberapa tahun lalu.

“Sejak perintah berkurung (lockdown) dilaksanakan ekoran penularan wabak Covid-19 dahulu, saya banyak menghabiskan masa dengan membaca dan memahami terjemahan al-Quran.

“Dan selepas setahun setengah memahami kitab suci itu, saya bangun dari tidur pada suatu hari dan terdetik hati untuk menyuruh saya berjalan kaki ke Mekah,” katanya.

Iklan

Lelaki bersemangat kental itu merentasi sembilan negara iaitu Netherlands, Jerman, Czech Republic, Hungary, Romania, Bulgaria, Turki, Syria dan Jordan sebelum tiba di Makkah untuk mengerjakan haji bagi tahun ini.

Ketibaannya di Makkah telah disambut orang ramai yang berkumpul di Masjid Aisha.

Adam telah mengucapkan rasa berterima kasihnya kepada rakyat Arab Saudi yang telah bermurah hati membantunya di sana.

Iklan

Kegigihan lelaki itu untuk menjadi menjadi duyufurrahman atau tetamu ALLAH terdahulu mendapat sorotan media. Adam menolak troli roda tga seberat 250 kilogram yang digunakannya sebagai tempat berehat, tidur dan makan.

Baca juga: Kisah Rasulullah SAW dengar tapak kaki Bilal bin Rabah di syurga bukan cerita dongeng. Ini rupanya amalan yang dilakukan oleh muazin pertama…

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.