Ini rahsia Park Shin-Hye berjaya turunkan berat 10kg sebulan lepas bersalin. Cukup mudah & sihat pula tu!

EMPAT tahun setelah menjalinkan hubungan, akhirnya pelakon terkenal dari Korea Selatan, Park Shin-hye dan Choi Tae-joon akhirnya sah bergelar suami isteri pada 22 Januari lalu.

Shin-hye dan suaminya Tae-joon mula menjalinkan perhubungan pada penghujung 2017.

Namun, hubungan cinta itu hanya didedahkan kepada umum pada Mac 2018.

Kini pasangan tersebut menimang cahaya mata sulung selepas Park Shin Hye selamat bersalin pada 31 Mei lalu.

Selepas bergelar ibu, pelakon The Heirs itu semakin cantik menawan dan sudah berjaya mendapatkan kembali bentuk badannya yang asal.

Bakal muncul dengan drama terbaharu Doctor Slump, ia merupakan antara faktor utama yang membuatkan ibu kepada cahaya mata lelaki itu gigih menurunkan berat badan.

Iklan
Iklan

Baca ni Tampil anggun dan mewah dengan gaya puteri sebenar, busana pernikahan Princess Rajwa curi tumpuan ramai

Menerusi perkongsian sebelum ini, aktres tersebut mengaku bahawa beliau melakukan diet ketat dan senaman bagi mendapatkan bentuk badan sekarang.

Shin-hye hanya makan dua atau tiga kali sehari bergantung jika kekurangan tenaga.

Figura terkenal tersebut juga akan berhenti makan selepas enam jam.

Usaha gigih itu nyata berbaloi apabila beliau berjaya menurunkan berat sebanyak 10 kilogram (kg) dalam masa sebulan.

Jom SinarPlus kongsikan beberapa tip pemakanan dan diet yang dilakukan Park Shin Hye:

SARAPAN PAGI
– Untuk sarapan pagi, beliau mengambil sebiji timun dan segelas susu rendah lemak.

– Khasiat timun boleh memberikan rasa kenyang kerana kandungan airnya yang tinggi.

-Sementara susu rendah lemak pula dilengkapi dengan beberapa nutrien penting yang diperlukan oleh badan seperti kalsium, protein, vitamin B, phosphorus, potassium dan vitamin D.

MAKAN TENGAH HARI
– Menu pilihan nasi separuh dengan dua helai kobis Cina sahaja.

– Nasi merupakan karbohidrat yang boleh ditukar menjadi sumber tenaga yang bagus.

-Selain itu, ia juga memiliki mineral dan vitamin yang boleh membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari.

– Kubis cina pula mengandungi kalori yang rendah dan serat yang tinggi.

-Ia turut mengandungi mikronutrien lain yang diperlukan oleh tubuh termasuklah vitamin A, zat besi dan riboflavin.

Gambar sumber The foodie Dad

MAKAN MALAM
– Jika tidak bertenaga dan memerlukan makanan, Shin-hye akan mengambil sebiji timun dan hanya dua kubis cina bagi mengalas perut.

-Beliau elak untuk makan malam.

MINUMAN
– Minum air kosong dengan cukup dan elak minum air manis.

– Selain itu, artis jelita itu turut mengamalkan pengambilan air sari kacang merah. Katanya, minuman tersebut membantu meredakan kembung perutnya.

-Selain itu, kacang merah membantu menurunkan dan mencegah berat badan serta melancarkan proses pencernaan.

Justeru, buat anda yang tengah atau nak turunkan berat badan tu, bolehlah cuba tip yang dikongsikan oleh Shin-hye.

Nampak mudah cuma kena disiplin, barulah berjaya nak kurangkan sampai 10kg tu, kan!

Sumber: Instagram @park.shinhye, KPop Herald, Daily Vanity, IG News

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Share
Zaiton Manaf

Recent Posts

Tiara Jacquelina ziarah pusara Hani Mohsin buat warganet terkenang Allahyarham. ’18 tahun berlalu, ALLAH sayang orang baik’

SIAPA tidak kenal pelakon dan pengacara tersohor era 90-an dan 2000-an, Hani Mohsin. Pemergiannya pada…

3 hours ago

Destinasi sarapan pagi viral di Pulau Pinang, ini rupanya rahsia tarikan rumah klasik

MESKIPUN baru beroperasi sejak Julai tahun lalu, Rumah Makan yang terletak di Batu Maung, Bayan…

4 hours ago

‘Hitam memang menawan, wanita berkerjaya perlu berani mencuba…’ – Nabilah Nordin & Andrea Wong

RAMAI beranggapan pemakaian berwarna hitam seseorang itu nampak ‘kurus’, ‘selamat’ bahkan mudah disuai padankan dengan…

5 hours ago

Adik mangsa pokok tumbang dedah abang sangat ambil berat, jaga bapa sakit. ‘Semua orang cuba call, rupanya telefon sudah pecah’

INSIDEN pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur menggemparkan negara. Lebih menyedihkan, kejadian pada…

7 hours ago

Kesan asid sulfurik pekat, melecur tahap 4 boleh rosakkan organ dalaman, doktor perjelas kemungkinan dihadapi Faisal Halim

TRAGIS dan memilukan, insiden khianat simbah asid melibatkan tonggak utama Selangor FC, Faisal Halim menyentuh…

11 hours ago

Enjoy stay di dangau tersorok dekat Lenggong, Perak. Nikmati sajian rare tradisi orang kampung, memang menyelerakan!

LENGGONG yang terletak kira-kira 100 kilometer dari utara Ipoh, Perak sebenarnya mempunyai destinasi hidden gems…

11 hours ago