Ini yang ada pada Kelly Brook sehingga dinobat manusia paling sempurna di dunia

Ini yang ada pada Kelly Brook sehingga dinobat manusia paling sempurna di dunia
Ini yang ada pada Kelly Brook sehingga dinobat manusia paling sempurna di dunia
A
A
A

SEORANG model dan pelakon dari England, Kelly Brook,  dinobatkan sebagai wanita paling sempurna di dunia berdasarkan hasil penyelidikan.

Penyelidikan yang dilakukan oleh Saintis dari University of Texas pada tahun 2016 menunjukkan bahawa Brook sempurna dalam hampir semua cara.

Tribunnews melaporkan memetik The Sun, para penyelidik menganalisis penemuan mereka dengan pelbagai aspek, termasuklah tiada pembedahan kosmetik yang pernah dilakukan.

Sehingga akhirnya, analisis penyelidik tertumpu pada wanita berusia 40 tahun itu.

Brook memiliki ketinggian 168cm, lingkaran dada 99cm, lingkaran pinggul 91cm dan berat 63 kg.

Artikel berkaitan: Belum habis Covid-19, mahasiswa di China diserang Norovirus pula

Kajian menunjukkan bahawa stereotaip tubuh yang dimiliki wanita sebagai 'agak berisi' sebenarnya adalah yang paling dekat dengan kesempurnaan.

"Wanita ini benar-benar semula jadi dan sempurna secara ilmiah," tulis para penyelidik.

Namun, penemuan dari kajian itu dikritik oleh editor fesyen akhbar, Curacao Chronicle.

"Kesimpulan penyelidik ini mengejutkan orang ramai, kerana walaupun diketahui bahawa keindahan dan kesempurnaan sepenuhnya bersifat budaya," tulisnya.

Dia menambah bahawa setiap parameter fesyen, permintaan iklan dan pemodelan TV, menunjukkan konsep kesempurnaan yang sangat berbeza.

"Lebih teruk lagi, konsep ini akan membuatkan wanita merasa tidak yakin pada diri sendiri bahkan akan mengalami gangguan pemakanan untuk miliki badan ideal," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang