Insiden lubang benam terburuk dunia, poin nombor 3 dan 4 memang menakutkan
INSIDEN lubang benam akibat tanah jerlus yang berlaku di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur baru-baru ini tak dinafikan sehingga kini masih menggemparkan negara.
Apatah lagi, mayat mangsa yang merupakan seorang pelancong warga India berusia 48 tahun itu gagal ditemui manakala operasi mencari dan menyelamat (SAR) oleh pihak berwajib terpaksa dihentikan.
Sebelum ini, usaha mencari dan menyelamat dilaksanakan oleh 15 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa dan Hang Tuah, selain bantuan mesin jengkaut Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pasukan Khas Taktikal Operasi Penyelamat Malaysia (STORM) dan Unit Pengesan (K9) tidak terkecuali dan terlibat sama dalam operasi mencari wanita tersebut.
Menurut laporan, Vijayakumar yang berasal dari Andhra Pradesh, India itu dikatakan terjatuh kira-kira 8 meter dari permukaan jalan sehingga menyebabkan usaha mencari sukar dilaksanakan.
Bagaimanapun, operasi SAR yang kini menjadi operasi mencari dan memulih tersebut terpaksa dihentikan selepas sembilan hari atas faktor keselamatan.
Apa mencuri perhatian umum, penjelasan Pensyarah Kanan Jabatan Geologi, Fakulti Sains Universiti Malaya (UM), Dr Elanni Md Affandi berkaitan risiko tanah mendap di sekitar Kuala Lumpur melegakan ramai pihak.
Lokasi kejadian lubang benam terbabit bukanlah terletak di kawasan batu kapur sekali gus menepis dakwaan Kuala Lumpur yang kononnya dibina di atas sebuah gua raksana terbentuk berjuta-juta tahun lalu.
Berdasarkan sejarah, Kuala Lumpur adalah sebahagian Lembah Klang yang merupakan kawasan lombong timah sejak 1850-an.
Bagaimanapun, jika meneliti fakta geologi dan laporan terkini, saluran pembetungan yang pecah hingga menyebabkan arus deras membawa sekali fill material antara penyebab struktur pejalan kaki hilang sokongan.
Terkejut dengan tragedi tersebut, lelaki berkenaan enggan untuk
Melihat kejadian lubang benam yang berlaku dalam negara, nampaknya terdapat beberapa kes yang lebih kurang sama direkodkan seluruh dunia.
Lapor Reuters, musibah buruk sedemikian dilaporkan berlaku di Chile, China, Itali, United Kingdom, Brazil, Kanada, Guatemala, Amerika Syarikat dan banyak lagi.
Berikut dikongsikan foto menyeramkan berkaitan kejadian lubang benam yang pernah dilaporkan berlaku seluruh dunia:
1. Amerika Syarikat
i) Insiden runtuhan sebuah resort di Clermont, Florida, Amerika Syarikat pada Ogos 2013 disebabkan lubang benam gergasi.
ii) Dua kenderaan yang terjatuh ke dalam lubang benam yang berlaku di Chatsworth, California, Amerika Syarikat pada Januari 2023.
2. Chile
i) Lubang benam gergasi yang direkodkan berlaku di kawasan perlombongan berhampiran bandar Tierra Amarilla, Copiapo, Chile pada Ogos 2022.
3. China
i) Kejadian lubang benam yang berlaku di kawasan pembinaan laluan bawah tanah disebabkan paip air pecah di Chengdu, Sichuan, China pada Jun 2024.
ii) Satu lagi insiden lubang benam yang dilaporkan berlaku di Guangyuan, Sichuan, China pada Februari 2013 pada kedalaman 24.9 meter.
4. Kanada
i) Kejadian lubang benam yang berlaku di Ottawa, Kanada pada Jun 2016.
ii) Sebuah jengkaut terbenam di dalam tanah jerlus di Jalan Saint-Catherine di Montreal, Kanada pada Ogos 2013.
5. Guatemala
i) Lubang benam gergasi akibat ribut di Guatemala pada Mei 2010.
ii) Lagi kejadian sama berlaku di bandar Guatemala pada Februari 2007.
6. Venezuela
i) Kerosakan jalan yang teruk di Lebuhraya Gran Marical de Ayacucho di Caracas, Venezuela pada tahun 2010.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang