Mendapan baharu muncul, operasi mencari wanita warga India memasuki hari keenam belum temui petunjuk

No Image Caption
A
A
A

PENCARIAN mangsa tanah jerlus masih belum menemui noktah walaupun operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah memasuki hari yang keenam.

Ketika proses tersebut berlangsung, satu kejadian tanah mendap dikesan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India.

No Image Caption

Kejadian mendapan itu dipercayai berlaku sekitar jam 2.30 pagi tadi susulan hujan lebat dan ribut petir yang melanda bandar kota raya itu.

Menurut video yang tular, kelihatan Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) terperosok akibat daripada mendapan tersebut.

No Image Caption

Bagaimanapun, pasukan mencari dan menyelamat yang tiba di lokasi seawal 8.30 pagi bagi menutup kawasan mendapan baharu itu sebelum menyambung semula operasi mencari mangsa warga India yang dikenali sebagai Vijayaletchumy.

Sejak operasi pencarian bermula, pelbagai pasukan keselamatan dan pihak berkuasa tempatan telah dikerahkan untuk menggunakan pelbagai teknik termasuk penggunaan anjing pengesan bagi mengesan keberadaan mangsa.

Artikel Berkaitan:

Tinjauan juga mendapati kawasan sekitar lokasi lengang selepas pihak berkuasa melarang orang ramai untuk berada berhampiran dengan lokasi kejadian.

Pada Ahad lalu, premis perniagaan di sekitar lokasi kejadian tanah jerlus turut diarahkan ditutup bagi memberi ruang kepada operasi mencari wanita berkenaan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang