Itali perkenal ujian swab untuk kanak-kanak, hanya perlu kunyah seperti gula-gula getah

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita kematian bayi perempuan berusia setahun yang merupakan mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia.
SEMALAM kita dikejutkan dengan berita kematian bayi perempuan berusia setahun yang merupakan mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia.
A
A
A

SEMALAM kita dikejutkan dengan berita kematian bayi perempuan berusia setahun yang merupakan mangsa termuda dilaporkan meninggal dunia akibat Covid-19 di Malaysia.

Nampaknya Malaysia perlu segera bertindak dan mengambil langkah penyelesaian agar kejadian seumpama itu tidak berulang dan mampu dielakkan.

Di Malaysia, sehingga kini ujian pengambilan sampel dan saringan kesihatan (SWAB) Covid-19 masih diguna pakai sama ada dewasa atau kanak-kanak.

Akibatnya ramailah yang terpaksa merasai ketidakselesaan untuk prosedur pengambilan sampel swab berkenaan yang mana ia terpaksa diambil dengan memasukkan alat ujian ke dalam hidung.

Bagi golongan dewasa proses berkenaan mungkin akan mendatangkan sedikit ketidak selesaan, namun bagi kanak-kanak pastinya mereka takut menjerit malahan ada yang meraung menangis menanggung kesakitan.

Namun, seperti apa yang berlaku di Itali, pihak berkuasa kesihatan Lazio di Itali melancarkan ujian air liur untuk mengesan jangkitan Covid-19, iaitu suatu proses mudah dan tidak invasif untuk kanak-kanak.

Ujian itu dijalankan secara projek perintis oleh Istituto Grassi di tiga sekolah di bandar Fiumicino, Rom, pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa itu, ujian tersebut memerlukan mereka yang mengambil bahagian untuk mengunyah swab yang seperti gula-gula getah selama lima minit.

Air liur kemudian dianalisis untuk mengetahui wujudnya antigen Covid-19 dan hasilnya dapat diperolehi dalam tempoh empat hingga lima jam.

Sekiranya positif, swab tersebut akan dihantar ke hospital untuk analisis pengesahan selanjutnya.

Tujuannya adalah untuk memaklumkan keluarga tentang sebarang risiko penularan, bagi mengelak anak yang dijangkiti datang ke sekolah pada keesokan harinya.

Sehingga kini, kira-kira 1.2 juta swab, ujian pantas dan jenis ujian lain di lapangan terbang dan pelabuhan, dijalankan di wilayah tersebut dalam usaha membendung penularan Covid-19.

Wow! Canggih bukan? Mungkin di Malaysia penggunaan teknologi tersebut akan diguna pakai satu hari nanti. Kurang la gambar tular yang melihat anak kecil di sekolah meraung ketika melakukan swab test.

Kasihan mereka!

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang