TIDAK kira apa pun jenis pekerjaan yang dibuat, asalkan daripada sumber halal sudah memadai.

Sama ada tukang cuci, pengutip sampah waima pembersih loji najis sekali pun, rezeki yang diperoleh boleh digunakan demi kelangsungan hidup.

Pun begitu, jangan pandang sebelah mata terhadap golongan tersebut kerana tidak mustahil mereka mempunyai simpanan lebih banyak berbanding orang lain.

Kisah pengutip sampah yang dikongsikan pengguna TikTok, @Rizkyyrme misalnya berjaya membuatkan ramai takjub, apatah lagi memiliki rezeki yang tidak disangka-sangka.

@its.rizkyrme♬ suara asli – Briii_ – 𝙈𝙖𝙨 𝙁𝙚𝙗𝙧𝙮_

Mana tidaknya, rakaman video pendek yang dikongsikan pemuda yang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Indonesia itu pada awalnya menunjukkan seorang lelaki sedang mengutip sampah di hadapan kedai.

Sebaik sahaja selesai, lelaki tersebut kemudian masuk ke dalam kedai serbaneka untuk membeli barangan.

Baca juga Dulu pengemis, kini cuba nasib bergelar Miss Universe

Bagi kebanyakan orang, pasti mengandaikan lelaki itu hanya memiliki duit cukup-cukup untuk membayar kesemua barang yang dibelinya.

Namun, agak mengejutkan apabila lelaki yang berpakaian lusuh itu mengeluarkan gulungan wang kertas bernilai RP100,000 (RM29.33) yang banyak.

pengutip sampah

Boleh jadi, hasil jualan barangan lusuh dan terpakai yang dikerjakan seharian.

Pemuda tersebut turut menulis: “Apapun usahanya, jangan lupa bersyukur ya.”

Baca juga [VIDEO] Jual tisu RM20 satu malam, digelar pengemis, wanita kongsi pengorbanan ibu OKU penglihatan besarkan 3 anak

Video pendek berdurasi 10 saat yang dikongsikan pemuda dari negara tanah seberang itu menerima lebih 878,000 jumlah tontonan dan lebih 9,800 komen.

Rizkyyrme turut menulis perkongsian tersebut sekadar motivasi buat semua.

Rata-rata warganet yang mengikut video tersebut juga menzahirkan rasa insaf dalam diri.

pengutip sampah

Awalnya kasihan kepada lelaki itu, tapi…

pengutip sampah

pengutip sampah

Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

pengutip sampah

Iklan

Terdapat juga yang menganggap semua itu hanya penyamaran.

pengutip sampah

Mungkin inilah yang dinamakan usaha tidak mengkhianati hasil.

pengutip sampah

Adakah itu Baim Wong yang menyamar?

pengutip sampah

pengutip sampah

Iklan

pengutip sampah

Mungkin tidak suka simpan wang di bank.

pengutip sampah

Apapun komen netizen memang tidak pernah mengecewakan.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Siap kata itu penyiasat yang menyamar untuk operasi khas.

Aduhai, macam-macam andaiankan? Apa yang penting, jika kita berusaha keras walaupun kerja kelas bawahan, insya-ALLAH hidup akan dipermudahkan.

Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Boleh jadi, satu hari nanti daripada pengutip sampah, boleh berhijrah menjadi insan berjaya. #kitalaluibersama