SEJAK akhir-akhir ini, isu Palestin kian menjadi parah. Oleh itu, ramai yang memberi sokongan kepadaPalestin dalam menentang Israel. Rakyat Malaysia juga tidak terkecuali dalam memberi sokongan dan bantuan demi kesejahteraan saudara sesama Islam.

Bukan hanya menyalurkan bantuan dari segi kewangan, kita juga memberi semangat dengan mengibarkan bendera Palestin. Tidak hairanlah bendera negara itu semakin laris dijual.

Namun, ramai juga yang keliru kerana bendera Palestin kelihatan seakan sama dengan bendera beberapa negara lain.

 

Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama

 

Kalau korang nak tahu, bendera Palestin terdiri daripada tiga jalur melintang dan satu segi tiga. Jalur pertama berwarna hitam, diikuti dengan putih dan hijau. Manakala satu segi tiga berwarna merah terletak di bahagian kiri bendera dengan bucu yang mengarah ke kanan.

Apa yang menarik ialah warna-warna yang terdapat pada bendera Palestin mempunyai maknanya yang tersendiri menurut Palestinian Academic Society for the Study of International Affair (PASSIA).

Warna hitam pada bendera Palestin merupakan simbol menuntut bela pada awal kemunculan Islam. Pada era tersebut, tentera-tentera Islam memakai serban atau penutup kepala berwarna hitam.

Seterusnya, warna putih pula untuk memperingati peperangan pertama Rasulullah SAW iaitu Perang Badar manakala warna putih digunakan sebagai warna berkabung.

Warna hijau merupakan simbol ketaatan kepada Saidina Ali, sepupu Rasullah SAW yang pernah berselubung dengan selimut hijau di tempat tidur baginda dalam satu serangan.

Akhir sekali ialah warna merah yang melambangkan negara Islam pertama yang bangkit selepas era Khalifah Uthman III.

 

Baca juga: [VIDEO] “Selamat Hari Raya Palestin, 9 Syawal milikmu”- Rakyat Malaysia bersyukur Hamas, Israel setuju genjatan senjata

 

Korang perasan tak simbolik warna-warna tersebut lebih kepada perjuangan Islam sejak dahulu. Oleh itu, kebanyakan negara Islam yang lain menggunakan warna yang sama unuk bendera mereka yang boleh membuatkan kita keliru.

1. Jordan

Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama
Bendera Jordan bukan sahaja berbentuk sama dengan bendera negara Palestin, malah susunan warnanya juga sama. Beza antara dua bendera ini hanyalah bintang putih tujuh bucu di tengah-tengah segi tiga merah bendera Jordan.

 

Iklan

2. Sudan

Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama
Selain Jordan, bendera Sudan juga mempunyai rekaan hampir sama dengan Palestin. Namun ianya sedikit berbeza dari segi warna jalur yang bermula dengan warna merah dan segi tiga berwarna hijau.

 

3. Emiriah Arab Bersatu

Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama
Walaupun mempunyai warna yang sama seperti bendera Palestin, bendera UAE ini sedikit berbeza kerana mempunyai jalur yang menegak disebelah kiri benderanya.

 

4. Kuwait

Iklan

Jangan silap bendera Palestin, 4 negara lain miliki warna bendera seakan sama
Bendera Kuwait ini sangat lain walaupun warnanya masih terdiri daripada empat warna bendera Palestin. Yang menarik mengenai bendera Kuwait ialah mempunyai bentuk trapezium pada sebelah kiri.

 

Baca juga: [VIDEO] Kejam! Tudung wartawan Palestin direntap tentera Zionis, kisah Latifah raih perhatian dunia

 

Korang tengok ni, banyak kan perbezaannya? Oleh itu, dalam kita menunjukkan semangat kemanusiaan kepada Palestin, jangan sampai tersilap mengibarkan benderanya.

Buat rujukan dahulu sebelum bertindak. Bersama -samalah kita mendoakan kesejahteraan umat Islam di bumi Palestin.