Selepas Jeff Bezos, kini individu terkaya Bill Gates pula bercerai. Kekayaan bukan jaminan kebahagiaan

A
A
A

MUTIARA kata membicarakan kekayaan harta bukanlah segalanya. Segelintir individu memiliki harta yang melimpah ruah, namun hatinya miskin kerana terlalu sibuk mengejar duniawi.

Bahkan, ada juga yang terlalu kaya raya, tetapi gagal 'membeli' kebahagiaan, cinta dan kasih sayang.

Tidak keterlaluan penulis menyifatkan barangkali perumpamaan sedemikian sedang dilalui oleh Pengasas bersama dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Bill Gates.

bill gatesGATES (kiri) dan Melinda yang telah berkahwin hampir tiga dekad mencapai kesepakatan bercerai pada tahun ini.

Masakan tidak, selepas 27 tahun membina mahligai perkahwinan dengan isteri tercinta, Melinda akhirnya ikatan manis itu terlerai jua.

Dalam satu kenyataan di laman sosial Twitter, pasangan yang memiliki tiga cahaya mata itu memaklumkan kesepakatan untuk bercerai disebabkan tiada lagi persefahaman.

Keputusan tersebut itu diambil bukan dalam keadaan terburu-buru, sebaliknya melalui perbincangan mendalam antara mereka berdua.

Terdahulu, Gates yang merupakan lelaki keempat terkaya di dunia bertemu Melinda ketika kedua-duanya bekerja di Microsoft sekitar tahun 1980. Persahabatan yang terjalin membawa mereka ke jenjang pelamin pada tahun 1994.

Bagaimanapun, Gates, 65 dan Melinda berusia 56 tahun menegaskan bahawa mereka akan terus bekerjasama untuk Yayasan Bill dan Melinda Gates yang menyalurkan bantuan kebajikan melibatkan kesihatan global, pendidikan dan lain-lain lagi.

bill gatesPENCERAIAN tidak membataskan Gates dan Melinda terus mengendalikan Yayasan Bill dan Melinda Gates untuk menyalurkan bantuan buat golongan memerlukan.

Buktinya, setakat ini Yayasan Bill dan Melinda Gates telah menderma AS$1.75 bilion (RM7.21 bilion) untuk program mengekang koronavirus (Covid-19).

Jika diikutkan penceraian dalam kalangan billionaire bukan perkara baharu memandangkan sebelum ini pengasas Amazon, Jeff Bezos juga bercerai dengan isterinya, MacKenzie pada dua tahun lalu.

jeff bezosKESEPAKATAN penceraian lelaki paling kaya di dunia, Bezos dan isteri adalah bernilai RM144.15 bilion pada dua tahun lalu.

Bezos yang bergelar lelaki paling kaya di dunia itu bersetuju dengan kesepakatan penceraian bernilai lebih AS$35 bilion (RM144.15 bilion), sekali gus menjadikan MacKenzie wanita ketiga terjaya di dunia.

Malah, dilaporkan kesepakatan penceraian Bezos lebih besar berbanding usahawan Alec Wildenstein dan Jocelyn pada tahun 1999 yang bernilai AS$3.8 bilion (RM15.65 bilion)

Nampaknya, kekayaan dimiliki bukanlah kayu pengukur kebahagiaan dalam sesebuah perhubungan. Mungkin ada menyifatkan betapa bertuahnya alam perkahwinan sekiranya dipertemukan jodoh dengan pasangan yang kaya raya.

Namun begitu, kita terlupa baik wang mahupun harta benda juga boleh memudaratkan kebahagiaan hati, apatah lagi punca perpisahan bersama insan tersayang.

Tepuk dada, tanya selera!

Sumber: The Boston Globe, Reuters, The Independent dan South China Morning Post

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang