Jemaah haji Indonesia raikan kepulangan dengan cara tersendiri, raih perhatian ramai. 'Macam di Red Carpet'
KEPULANGAN jemaah haji Indonesia Makassar kumpulan satu selamat tiba di lapangan terbang Bandara Internasional Sultan Hasanuddin Makassar, Sulawesi Selatan.
Seperti kebiasaan, seluruh keluarga jemaah akan menyambut kepulangan mereka setelah lebih dua minggu menunaikan rukun Islam yang kelima tersebut.
Malah, setiap kali ada yang pulang daripada tanah suci, orang akan mengaitkan ia dengan perubahan yang positif kepada individu itu sendiri, sekali gus memberi contoh kepada orang lain.
Namun, lain pula bagi segelintir jemaah haji dari negara sebarang itu yang dilihat membawa penampilan mencolok mata sebaik turun daripada pesawat.
Apa yang menjadi perhatian adalah, beberapa jemaah wanita memperagakan pakaian seperti gaun dan dilengkapi dengan barangan perhiasan.
Malah, ada antara mereka yang mengenakan gaya tudung hingga menampakkan bahagian leher dan sebahagian rambut yang untuk ditutup dengan sempurna.
Memetik perkongsian salah seorang penduduk di situ, tradisi sedemikian adalah sebagai tanda syukur setelah menunaikan ibadah haji selain mengganggap penampilan sebegitu adalah wajar selepas menunggu giliran puluhan tahun lamanya.
macam-macam hal, kan! Apapun, SinarPlus mendoakan kepada semua jemaah haji supaya mendapat keberkatan dan haji yang mabrur. Amin.
Baca juga : Gelaran haji dipertikaikan, Atta Halilintar pernah tunaikan haji seawal usia dua bulan
Baca juga : Wan Maimunah menitiskan air mata, selamat tiba dari Tanah Suci. 'Moga awak semua bakal menyusul.'
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang