KOTAKAN janji! Demi meyakinkan rakyat, Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) hari ini mengotakan janjinya apabila dilaporkan telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 di republik itu.

Jokowi disuntik dalam Majlis “Suntikan Perdana” yang berlangsung di Istana Presiden di Bogor malahan juga telah disiarkan secara langsung menerusi YouTube Sekretariat Presiden, hari ini.

Jokowi kotakan janji, individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di IndonesiaJokowi diberikan suntikan vaksin Sinovac pada pukul 9.40 pagi waktu Indonesia barat, sebelum diikuti beberapa menteri kabinetnya serta Ketua Polis Indonesia, Idham Azis dan Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto.

Proses vaksinasi itu akan diteruskan ke individu lain secara serentak mulai esok, dengan keutamaan diberikan kepada petugas kesihatan, pemimpin setempat dan seterusnya rakyat Indonesia.

Perincian perancangan yang dibuat oleh kerajaan Indonesia mengenai vaksin Covid-19 adalah seperti berikut :

6 Disember 2020

Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin Covid-19 dari China dan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin diterima pada 31 Disember lepas, manakala 15 juta lagi vaksin baru sahaja diterima semalam.

Kerajaan Indonesia juga telah memeterai perjanjian membeli 426 juta lagi dos vaksin dari Astrazeneca, Pfizer dan Novovax.

16 Disember 2020

Jokowi mengumumkan vaksin Covid-19 itu akan diberikan secara percuma kepada rakyat republik berkenaan dengan menyasarkan suntikan kepada 182 juta penduduk daripada jumlah penduduk Indonesia yang hampir 290 juta.

Iklan

Jokowi kotakan janji, individu pertama disuntik vaksin Covid-19 di IndonesiaSuntikan tidak termasuk kanak-kanak dan mereka yang berusia 60 tahun ke atas serta golongan berisiko seperti ibu mengandung dan sebagainya.

11 Januari 2021

Badan Pengawas Obat dan Makanan Indonesia (BPOM) meluluskan penggunaan vaksin Sinovac dari China bagi membolehkan proses suntikan vaksin di republik itu, bermula hari ini.

13 Januari 2021

Presiden Indonesia Joko Widodo menjadi individu pertama disuntik Vaksin Sinovac diikuti menteri kabinetnya serta Ketua Polis Indonesia, Idham Azis dan Panglima Tentera Indonesia, Hadi Tjahjanto.

Iklan