ARENA bola sepak Thailand melakar sejarah tersendiri apabila menyaksikan buat pertama kali wanita mengemudi jawatan utama dalam Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).

Madam Pang diumum sebagai Presiden FAT ke-18 selepas menewaskan empat lagi pencabarnya untuk jawatan penting itu.

Pencapaiannya sebagai presiden dan pengurus bolasepak nasional Thailand bukan biasa-biasa.

Madam Pang yang juga bekas pengurus pasukan bolasepak wanita Thailand yang telah berjaya membawa Thailand ke Piala Dunia Wanita FIFA sebanyak dua kali berturut-turut.

Baca juga: Tegas dan lincah di padang, kenali 6 pengadil, pembantu pengadil wanita Piala Dunia Qatar 2022

Baca juga: Tidak suka digelar seksi, Markovic pemain bola sepak tercantik di dunia, pilih sukan berbanding jadi model

Terbaru, beliau berjaya menghantar pasukan senior Thailand layak ke pusingan 16 Piala Asia Qatar hanya terkandas kerana kalah dengan Uzbekistan 1-2.

 

Di peringkat grup, pasukan Thailand yang diuruskannya tidak pernah kalah dan mengutip 5 mata daripada 1 perlawanan menang dan 2 perlawanan seri.

Kini, beliau difahamkan telah meletakkan jawatan Pengurus Pasukan Kebangsaan dan menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan liga bolasepak Thailand dan berhabisan untuk memastikan Thailand layak ke Piala Dunia FIFA 2026.

Langkah pertama wanita hebat itu sebaik dilantik ialah menyambung kontrak Ketua Jurulatih Thailand, Masatada Ishii.

Baca juga: Atlet bola tampar Turki curi tumpuan, jelita persis ratu cantik

Baca juga: Syabas Pearly-Thinaah! Cipta sejarah beregu wanita pertama juara Terbuka Perancis, 10 info membanggakan

Dengan kemenangannya ini, Madam Pang menjadi presiden pasukan bolasepak kebangsaan wanita yang pertama di Thailand.

Siapa Madam Pang yang menjadi meraih 93 peratus undian dan mengalahkan 3 lagi calon lain untuk jawatan presiden ini, tentunya bukan calang-calang kan? Berikut 10 info menarik mengenainya:

1-Madam Pang, atau nama sebenarnya Nualphan Lamsam berusia 58 tahun dan merupakan seorang jutawan.

2-Dilahirkan di Bangkok, beliau merupakan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi Muang Thai Insurance.

3-Beliau terdahulu membina kerjaya bola sepak selama 17 tahun termasuk sebagai pengurus pasukan bola sepak kebangsaan Thailand.

Iklan

4-Madam Pang mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Somyot Poompanmoung yang meletak jawatan berikutan prestasi buruk pasukan kebangsaan.

Baca juga: Daripada pemain bola jaring kebangsaan dan pengacara sukan, Fariha kini teruja bergelar penyanyi

5-Beliau juga ialah keturunan generasi kelima daripada keluarga Lamsam dan merupakan anak kepada ahli politik Parti Demokrat, Photipong Lamsam.

7-Dilahirkan dalam salah satu keluarga terkaya di Thailand, Lamsam lebih dikenali sebagai pengasas Bank Kasikorn – bank keempat terbesar di Thailand, dengan aset hampir AS$117 bilion.

8-Madam Pang adalah ahli Parti Demokrat dan penolong setiausaha agung parti itu dari 2006 hingga 2016.

Iklan

9-Melangsungkan perkahwinan pertama dengan Pengerusi Sittipol Sales Co dan German Auto Co, Vachara Phanchet, namun beliau bercerai pada awal 2005 dan memiliki seorang anak perempuan, Nuanwan Phanchet.
10-Beliau kemudian berkahwin dengan Kolonel Polis, Narat Sawettananas pada 19 Januari 2014.

Baca juga:’Powernya!’- Hamil 28 minggu, wanita ungguli sukan lasak berhalangan raih perhatian warganet

Sumber: Zack Rahim, Astro Awani

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!