PEMAIN bola jaring kebangsaan, Nurfariha Abdul Razak, 26, tiada masalah untuk hadir ke Studio Sinar Karangkraf, Shah Alam, Selangor untuk sesi penggambaran baru-baru ini.

Nurfariha atau mahu disapa Fariha tidak keseorangan, sebaliknya setia ditemani adik perempuannya, Nur Atika, 20.

Barangkali sudah terbiasa menemui ramai orang pelbagai peringkat, bersembang dengannya seolah-olah menunjukkan kami seperti sudah saling mengenali.

fariha atlet bola jaring

Jika pembaca SinarPlus masih teringat lagi, nama Fariha dan rakan baiknya, An Najwa Azizan pernah menjadi sebutan hangat pada tahun 2017 selepas membantu negara menamatkan kemarau 16 tahun pingat emas di Sukan SEA.

Momen itu kata Fariha, sangat manis untuk dikenang. Ia juga telah menjadi salah satu platform membuatkan dirinya dikenali masyarakat.

fariha atlet bola jaring

Buktinya, daripada arena sukan, beliau kini sudah berada di pentas peragaan dan pengacaraan.

Baca juga Pernah muncul dalam filem Gol & Gincu 2, Niena Azman pilih fokus bidang sukan berbanding jadi pelakon

Bermula sebagai wartawan sukan, anak kelahiran Johor itu kini berbangga apabila diberi kepercayaan mengendalikan segmen Nadi Weekend dan Nadi World di Astro Arena.

fariha atlet bola jaring

“Semuanya bermula ketika saya dijemput menjadi tetamu jemputan untuk Nadi Weekend. Bos saya sekarang ini yang menawarkan posisi pengacara kepada saya kerana mereka mengalu-alukan para atlet untuk beraksi di depan kamera dan bercakap soal sukan,” katanya yang termasuk dalam trend ahli sukan bergelar pengacara.

Sebelum ini, nama-nama besar seperti Syaidatul Afifah (pemain bowling), Nurul Fatihah Abdul Hamid (gimnastik), Mohd Azlan Abdul Mubin (pemain sepak takraw) dan ramai lagi terlebih dahulu mendahului senarai.

fariha atlet bola jaring

Tidak dapat dinafikan, kelebihan ilmu yang dimiliki ahli sukan menjadikan sesebuah program menjadi lebih menarik dan interaktif.

Pandangan berkenaan turut dipersetujui Farihah yang pada masa sama, semakin rancak menyertai kempen terkemuka beberapa jenama popular dunia.

Cemerlang

Sesungguhnya, bola jaring dan Fariha seperti irama dan lagu yang sukar dipisahkan. Setiap hari, empunya diri sentiasa mencuba memperbaiki prestasi diri.

fariha atlet bola jaring

Cerita wanita tinggi lampai dan memiliki karakter ceria itu, sebelum melangkah masuk menjadi pemain kebangsaan, usaha yang jitu dan berlatih di luar daripada kebiasaan perlu dilakukan.

Baca juga Syaidatul Afifah teruja jadi pengacara, bakal bergelar pelakon

fariha atlet bola jaring

“Untuk mencapai gelaran atlet kebangsaan bukannya mudah kerana saya bukannya datang dan dilatih di sekolah sukan. Jadi, saya perlu berusaha lebih keras daripada pemain lain.

“Alhamdulillah, seawal usia 12 tahun, saya terpilih dalam pasukan bola jaring negeri Johor dan kemudian berjaya menjadi pemain kebangsaan pada umur 15 tahun,” katanya.

fariha atlet bola jaring

Cukup mengagumi corak permainan atlet bola jaring Australia, Ashleigh Brazil dan atlet New Zealand, Laura Langman membuatkan Fariha terus bersemangat menampilkan aksi cemerlang pada setiap kejohanan.

Ujarnya, Kejohanan Piala Bola Jaring Singapura pada tahun 2012 saat yang paling mencabar dalam episod kerjayanya sebagai pemain kebangsaan.

fariha atlet bola jaring

Baca juga Atlet tenpin boling bergelar pelakon, Syaidatul Afifah cuba sesuaikan diri

Masakan tidak, pertandingan tersebut serentak dengan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia yang sedang berlangsung.

“Namun, saya nekad untuk bersama pasukan walaupun terpaksa berulang-alik dari Johor ke Singapura untuk menghabiskan kertas peperiksaan yang masih lagi berbaki. Memang ramai yang terkejut dengan keputusan saya.

fariha atlet bola jaring

“Bukan apa, sekali nama saya sudah tersenarai, peluang untuk bersinar lebih cerah kerana saya mahu mencabar diri untuk menjadi atlet yang lebih baik,” katanya.

Bukan suratan atau satu kebetulan, skuad kebangsaan yang dianggotainya bersama rakan baiknya, An Najwa Azizan berjaya melakar kejayaan yang gemilang, sekali gus menaikkan martabat sukan boleh jaring yang sebelum itu dilihat tidak bermaya.

Bermula sebagai johan pada Kejohanan Bola Jaring Asia (2016) di Bangkok, Thailand, Malaysia berjaya mempertahankan takhta kejuaraan pada Kejohanan Bola Jaring Sukan Sea untuk dua kali berturut-turut iaitu pada tahun 2017 dan 2019.

fariha atlet bola jaring

Seperti yang diperkatakan tadi, kemenangan pada tahun 2017 sesuatu yang paling berharga dalam kamus hidup Fariha.

“Saya masih ingat lagi, pingat emas itu telah menamatkan penantian lebih 16 tahun negara. Lagi membuatkan kami tersentuh, sokongan rakyat Malaysia memang luar biasa. Apabila lagu Negaraku berkumandang, hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan ini,” imbaunya.

Baca juga Sukan Olimpik Tokyo: Goh Liu Ying idam pingat tanpa kira warna

Iklan

fariha atlet bola jaring

Lazimnya, kesibukan akan mengakibatkan pengajian boleh ‘tergadai‘. Namun, hal berkenaan tidak terjadi kepada graduan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu.

“Ya, memang penat, tetapi letih macam mana pun, saya kena fokus demi masa depan,” kata Fariha yang berjaya menamatkan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Teknologi dengan purata nilai gred, 3.74, di samping menerima Anugerah Cemerlang Pingat Emas Tun Fatimah sempena Majlis Konvokesyen UTM ke-63.

fariha atlet bola jaring

Putaran masa yang begitu cepat berlalu menyaksikan banyak perkara yang sudah berubah. Pandemik Covid-19 misalnya, antara salah satu transisi terbesar sehingga menyebabkan dunia menjadi pasif seketika.

Banyak perkara yang terpaksa ditangguhkan termasuk pertandingan bola jaring yang dipelopori Fariha. Katanya, sejak itu beliau mula berfikir panjang dan terpaksa memperlahankan rentak dalam sukan yang dicintainya.

fariha atlet bola jaring

Tambahan pula, kecederaan ligamen krusiata anterior yang terkoyak pada lutut kiri selepas insiden pada tahun 2019 masih meninggalkan trauma cukup mendalam kepada pemain handalan itu.

“Kecederaan saya memang ambil masa untuk sembuh selepas pembedahan menggantikan ligamen dilakukan. Jika mahu kembali aktif sepenuhnya, mungkin agak susah lebih-lebih lagi usia sudah menjangkau 26 tahun,” kongsinya.

Pun demikian, anak kelahiran Johor itu mahu terus mahu bergerak ke hadapan. Bagi merencana masa depan yang lebih berstruktur, Fariha mahu bergelar jurulatih atau pegawai sukan untuk melatih pelapis muda.

fariha atlet bola jaring

“Sekarang ini pun saya tidak keberatan untuk menerima jemputan menjadi jurulatih sambilan untuk sekolah antarabangsa ataupun mana-mana universiti yang berminat,” katanya.

Iklan

Rezeki baharu

Mungkin ramai yang tidak tahu, Fariha juga berbakat dalam arena seni suara. Sudah mengikat kontrak dengan sebuah syarikat label, Werkit Record, beliau sudah mempunyai single bertajuk Sama-Sama.

“Saya bersyukur dengan bakat ekstra ini (menyanyi) dan telah diberi peluang lebih baik untuk menimba pengalaman sebagai artis rakaman. Menjadi penyanyi juga salah salah satu impian yang cuba saya capai.

fariha atlet bola jaring

“Sekarang ini, saya sedang sibuk untuk sesi demo lagu dan memang teruja menantikan single terbaharu. Moga rezeki dalam bidang ini boleh membawa saya terbang lebih jauh dan percaturan baharu ini juga membuahkan hasil,” kata bekas peserta All Together Now Malaysia yang juga tidak akan menolak jika diberi ruang untuk beraksi di pentas lakonan.

Tidak sengaja menyentuh tentang keluarga yang selama ini menjadi tulang belakang dalam kehidupannya, Fariha tiba-tiba menundukkan kepalanya. Bebola matanya kemudian mula berkaca.

Selepas mengambil sedikit masa untuk menenangkan diri, Fariha terus bersuara. Ujar beliau, segala kerja kerasnya kini adalah demi ibu bapa yang sudah tidak lagi bekerja.

fariha atlet bola jaring

“Sebagai anak perempuan sulung, saya bertanggungjawab untuk membantu meringankan keluarga, lebih-lebih lagi adik-adik lain masih bersekolah. Ketika ini, fokus saya hanya untuk membina kerjaya lebih baik untuk mereka,“ ungkapnya perlahan-lahan.

Ketepikan emosi yang cukup meruntun jiwa, SinarPlus mengalihkan alur bicara dengan bertanyakan tentang bagaimana seorang ahli sukan bola jaring, silat olahraga dan pencinta sukan lasak menjaga keperibadian diri dan kesihatan tubuh badan.

Pantas Fariha menjawab. Katanya, beliau sejenis yang tidak suka berdiet. Apa yang dilakukan adalah dengan bersenam, malah memiliki gimnasium mini di rumah.

fariha atlet bola jaring

Jangan lupa follow kami di Instagram!

“Saya memang kuat makan, tetapi apabila rasa badan sudah ‘berat‘, saya akan kurangkan gula dan garam selain banyak minum air kosong. Apa yang penting, kena work out untuk kekalkan berat badan ideal.

“Kalau bab penjagaan muka pula, memadai dengan hanya membasuh muka dengan baik dan menggunakan pelembab dan krim pelindung matahari sahaja. Lagipun kulit cepat naik ruam jika berpeluh atau menyolek dengan lapisan terlalu tebal,” ujarnya yang gemar dengan stail fesyen street wear sekiranya ingin keluar bersantai.