BAYI lazimnya memiliki rambut yang halus dan senang diurus.

Rambut bayi terbentuk sejak di dalam rahim ibu iaitu ketika kira-kira minggu ke-30 kehamilan.

Soal rambut, setiap orang memiliki ciri yang tidak sama. Ada bayi yang dilahirkan dengan rambut sedikit. Namun ada juga memiliki rambut yang lebat dan tumbuh dengan cepat. Pertumbuhan rambut mereka dipengaruhi oleh hormon dan faktor genetik.

Bagaimanapun, bagi seorang ibu di Georgia, Amerika Syarikat, Katelyn Samples, 33, pertumbuhan rambut yang luar biasa pada anak keduanya menimbulkan akhirnya terjawab.

Kanak-kanak itu, Locklan Samples, 1, didiagnosis mengalami Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat atau Uncombable Hair Syndrome (UHS). Ia dikesan terjadi ketika si kecil berkenaan mula tumbuh ketika berusia lima bulan.

Baca juga: Nota kakak bongkar penemuan adik 4 tahun maut dalam peti sejuk, mangsa dera kekasih ibu

Katelyn pada awalnya memuat naik gambar Locklan di Instagram dan salah seorang warga maya memberitahu kemungkinan anaknya mengalami sindrom ganjil itu.

“Rambut Locklan tumbuh lurus ke atas, sangat lembut. Rambutnya kembang ia tidak pernah dapat disikat rata,” katanya.

Mendengar nasihat daripada warga maya, Katelyn tanpa berlengah terus mendapatkan bantuan daripada pakar pediatrik. Anaknya, Locklan yang kemudiannya dirujuk kepada pakar kulit pediatrik di Atlanta yang mengesahkan ia sesuatu yang luar biasa.

SINDROM RAMBUT TIDAK BOLEH DISIKAT (UNCOMBABLE HAIR SYNDROME)

Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat ialah gangguan rambut yang jarang berlaku dan keadaan genetik itu biasanya memberi kesan kepada kanak-kanak berumur antara tiga bulan hingga tiga tahun. Malah ada laporan kes melibatkan kanak-kanak sehingga umur 12 tahun.

Menurut Institut Kesihatan Negara Amerika Syarikat (NIH), hanya kira-kira 100 kes berkenaan dilaporkan dalam kajian perubatan. Ia cenderung berlaku kepada pemilik rambut berwarna putih keperangan atau putih pucat.

Pakar menganggarkan ia mungkin lebih kerana mungkin wujud banyak kes yang tidak dilaporkan.

“Orang ramai mungkin mengalami masalah rambut anak yang tidak terurus dan sukar dikemaskan tetapi tidak mendapatkan pakar perubatan, kata Pakar Dermatologi Pediatrik UCLA Health, Dr Carol Cheng.

Baca juga: Ibu terkejut, anak 2 tahun ditinggal sendirian dalam taska berkunci dan gelap

Iklan

Menurut Dr. Cheng, kanak-kanak dengan sindrom itu mempunyai rambut yang tumbuh tegak ke semua arah dan rambut. Ia mempunyai tekstur kusam dan sukar diurus.

Ibu Locklan, Katelyn yang pada awalnya bimbang kini mampu menghela nafas lega selepas mendapati kelainan pada anaknya itu adalah sementara.

“Mendengar berita anak mempunyai ‘keadaan’ genetik tidak mudah, terutamanya apabila ia sangat jarang terjadi. Tidak banyak maklumat mengenainya. Kini saya kurang takut dan lebih menghargai betapa uniknya Locklan,” katanya yang turut berhubung dengan ibu bapa senasib menerusi Facebook grup.

Bukan itu sahaja, ibu berkenaan mengakui sindrom itu memberikan kelebihan kerana rambut Locklan tidak memerlukan penjagaan rapi.

“Rambut Locklan tidak perlu dicuci selalu. Ia kalis air, jadi saya perlu mengambil masa seminit untuk syampu,” kata Katelyn.

Iklan

Susulan sindrom luar biasa yang dialami, kanak-kanak itu mempunyai 18,000 pengikut di laman sosial Instagram. Akaun Instagram tersebut diwujudkan untuk memberikan kesedaran kepada dunia tentang kewujudan Sindrom Rambut Tidak Boleh Disikat yang jarang terjadi.

Pada masa ini, tiada rawatan untuk sindrom berkenaan. Pakar mengatakan keadaan itu cenderung hilang dengan sendirinya dari semasa ke semasa.

Difahamkan pada tahun 2017, seorang kanak-kanak perempuan berusia setahun, Shilah Yin dari Melbourne, Australia telah didiagnosis keadaan genetik yang sama.

Baca juga: Sampai Hatimu Ibu! Demi Kekasih, Anak 3 Tahun Ditinggalkan Seminggu Maut

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber. Good Morning America, New York Post, Heathline.com ,NIH