ANAK-ANAK merupakan anugerah dari tuhan yang tidak ternilai kepada setiap pasangan suami isteri.

Ia adalah amanah serta tanggungjawab kepada setiap ibu bapa untuk memberi perlindungan, pendidikan dan kasih-sayang.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Namun, lain pula yang berlaku kepada seorang ibu muda ini apabila dia sanggup bertindak meninggalkan anak kecil demi seorang kekasih!

Difahamkan dia meninggalkan anak perempuan berumur tiga tahun bersendirian selama seminggu di rumahnya sedangkan dia keluar ke bandar bersama kekasih hati.

Menurut laporan laman berita tempatan, berikut kronologi kejadian berkenaan;

1. Mahkamah Daerah Tokyo, Jepun menjatuhi hukuman penjara lapan tahun terhadap seorang wanita berusia 26 tahun kerana mengabaikan anak perempuannya yang berumur tiga tahun sehingga menyebabkan mangsa meninggal dunia.

2. Tertuduh meninggalkan mangsa bersendirian di rumah mereka selama seminggu pada 2020.

3. Mahkamah membuat keputusan tersebut terhadap Saki Kakehashi pada Khamis selepas dia, mengaku bersalah.

Baca juga Ibu panggil anak dengan nama ‘monyet’. Netizen satu dunia beri kecaman

Iklan

Sampai hatimu ibu! Demi kekasih, anak 3 tahun ditinggalkan seminggu maut

4. Wanita itu telah meninggalkan teh dan gula-gula untuk anak perempuannya, Noa di apartmen mereka di bandar Ota ketika dia menghabiskan masa bersama teman lelakinya di bandar Kagoshima selama seminggu. Wanita itu menganggap anaknya akan baik-baik sahaja.

5. Kakehashi membuat panggilan kecemasan dan mengatakan Noa tidak bernafas sejurus sekembalinya daripada percutian tersebut pada 13 Jun 2020.

6. Noa dibawa ke hospital tetapi disahkan meninggal dunia akibat dehidrasi dan kelaparan. Perut mangsa juga hampir kosong.

7. Doktor-doktor mendapati ruam di bahagian punggungnya kerana lampin yang tidak ditukar terlalu lama.
8. Pendakwa raya mendakwa Kakehashi cuba menyembunyikan fakta kes dengan menyapu ubat pada ruam tersebut selain menukarkan lampin baharu sebelum dia membuat panggilan kecemasan.

9. Menurut pendakwa raya, Kakehashi bertindak menyekat Noa di ruang tamu dengan sofa yang menghalang laluan ke pintu dapur sebelum berangkat ke Kagoshima. Katanya, ia mahu mengelakkan Noa daripada mencederakan diri sendiri dengan pisau atau barangan dapur lain.

Iklan

Baca juga Restoran Arab Saudi sedia menu dalam tulisan braille untuk golongan cacat penglihatan buat pesanan makanan

10. Noa dilaporkan tidak dihantar ke rumah pengasuh selama lebih setahun sebelum dia meninggal dunia.

11. Kakehashi tinggal sendirian bersama anak perempuannya selepas bercerai dengan bapa Noa pada 2016.

Justeru, buat pengajaran semua, anak-anak kecil bukan untuk ditinggal-tinggalkan. Jagalah mereka sebaiknya.

Sumber: News On Japan, Kyodo News