Kanak-kanak berumur tiga tahun ditemui minum air lumpur untuk hidup selepas tiga hari dilaporkan hilang

A
A
A

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang dilaporkan hilang sejak tiga hari lalu akhirnya ditemui berhampiran kawasan belukar oleh pihak berkuasa.

Menurut laporan media Star Daily, sebaik sahaja mengenal pasti kedudukan AJ Elfalak, pihak polis mendapati kanak-kanak malang itu sedang meminum air lumpur semata-mata untuk meneruskan hidup.

"Kanak-kanak terbabit dilaporkan hilang dari kediamannya di New South Wales, Australia pada minggu lalu.

"Setelah menyedari AJ Elfalak hilang, ahli keluarga dan penduduk setempat segera menjalankan usaha pencarian," kata wakil.

Pencarian kehilangan AJ Elfalak itu berjaya ditemui menerusi misi menyelamat menggunakan sebuah helikopter polis tempatan.

 

Jangan lupa follow Sinarplus di Instagram 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang