Kanak-kanak lelaki 6 tahun dibunuh ibu kandung, rupanya...

Kanak-kanak lelaki 6 tahun dibunuh ibu kandung, rupanya...
Kanak-kanak lelaki 6 tahun dibunuh ibu kandung, rupanya...
A
A
A

SEORANG  ibu didakwa atas pembunuhan terhadap anak kandungnya sendiri.

Eva.vn melaporkan, anak lelaki berusia 6 tahun itu didakwa dibunuh oleh ibunya dan lelaki simpanan setelah kanak-kanak itu mengetahui mereka melakukan persetubuhan di sebuah ladang.

Menurut polis, kejadian itu berlaku di sebuah kampung di Mehmdpur, Santhal, barat India Gujarat.

Pada 3 Oktober lalu, Jagdish Thakor, 6 tahun, diculik dari rumahnya namun beberapa ketika kemudian, mayatnya ditemui terbaring di ladang.

Artikel berkaitan: Pemandu ambulans wanita jemput pesakit Covid-19 diiktiraf dalam anugerah berprestij, empunya badan pun tak sangka

Pada keesokannya, ayah Jagdish, Lalit Thakor membuat laporan di balai polis Santhal terhadap isterinya, Rajul, 26, mempunyai hubungan haram dengan seorang lelaki bernama Sanjay Thakor.

Selain anak lelaki mereka Jagdish, Lalit dan Rajul mempunyai seorang lagi anak perempuan bernama Anjli Thakor (3).

Lalit percaya bahawa isterinya dan Sanjay saling bersekongkol untuk membunuh anaknya.

Katanya, pada hari Jumaat lalu, Jagdish memberitahuya, dia menyaksikan ibunya dalam keadaan tidak senonoh dengan majikannya, Sanjay di ladang.

Lalit turut mengatakan Sanjay ada mengugut Jagdish jika dia berani membocorkan perbuatan terkutuk mereka itu.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang