SIAPA menyangka sedang menikmati percutian Hari Raya Aidilfitri bertukar menjadi tragedi, begitulah yang dihadapi oleh sekeluarga di Dubai apabila anak perempuan mereka maut dibaham singa. 

Menurut laporan Gulf News, keluarga berkenaan mengunjungi sebuah zoo di Bandar Dinder, 400 kilometer di selatan Khartoum. 

Kematian kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun itu amat menyayat hati apabila dia sendiri menzahirkan keinginan untuk berkelah di taman hidupan liar itu. 

Difahamkan, mangsa diserang oleh singa apabila dia cuba untuk menghampiri haiwan liar berkenaan tanpa menyedari papan tanda amaran tentang pengunjung tidak dibenarkan mendekati atau memberi makan kepada binatang itu. 

Sudah menjadi fitrah kehidupan kanak-kanak yang penuh dengan tanda tanya, mangsa pun pergi menghampiri kandang haiwan liar berkenaan lalu, menundukkan ke arah kandang berkenaan. Tanpa menyedari tindakannya itu, kanak-kanak malang itu dibaham singa sehingga menyebabkan kecederaan yang serius. 

Walau bagaimanapun, kakak mangsa yang berada di sisinya terselamat daripada diserang haiwan terbabit. 

Ahli keluarga mangsa bersama beberapa orang pengunjung yang lain turut sama-sama membantu melepaskan mangsa dari cengkaman pemangsa namun, usaha itu tidak membuahkan hasil sehinggalah beberapa kali dicuba, akhirnya kanak-kanak malang itu berjaya dikeluarkan dari rahang singa berkenaan. 

Iklan

Kanak-kanak perempuan itu disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan untuk mendapatkan rawatan di hospital berhampiran. 

Justeru, sentiasa perhatikan anak-anak ketika mengunjungi taman hidupan liar untuk mengelakkan daripada situasi yang tidak diingini berlaku. 

Baca juga: Ular dalam motosikal, lelaki ini ikut penunggang motosikal balik ke rumah

Iklan

Jangan lupa follow kami di Instagram dan lawati portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI