Keajaiban 15 Ramadan. Hujan lebat 3 jam, Makkah dilanda banjir kilat & hujan batu

A
A
A

Siapa sangka di tengah kawasan yang tandus juga boleh dilanda banjir kilat. Semuanya terjadi dengan izin Allah!

Semalam, kota suci Makkah dan beberapa kawasan dilanda banjir. Bumi yang dikelilingi padang pasir itu dilanda banjir kilat akibat daripada hujan lebat luar biasa sejak daripada petang Selasa yang lalu.

Melalui  perkongsian di laman Twitter Haramain Sharifain, hujan lebat yang amat jarang berlaku turun sejak dari waktu solat Asar menyebabkan air naik sehingga mencecah paras 0.5 meter.

Menerusi video yang dikongsikan banjir kilat itu terjadi dengan air berlumpur kira-kira separas hingga menenggelami separuh ketinggian kereta.

Warganet menyatakan kekaguman tentang apa yang terjadi kebimbangan tentang hujan lebat yang sedang melanda ketika itu dan mendoakan semuanya dalam keadaan selamat.

Dijangka berterusan hingga Selasa

Susulan daripada banjir berkenaan, pihak Pertahanan Awam mengeluarkan amaran berjaga-jaga kepada semua. Sebelum ini, pihak berkuasa telah pun mengeluarkan amaran cuaca buruk membabitkan beberapa wilayah di seluruh Arab Saudi bermula Jumaat sehingga Selasa.

Amaran awal berkenaan membabitkan ramalan ribut petir dengan hujan sederhana serta angin kencang di wilayah Asir, Al-Baha, Jazan, Najran, Makkah dan Madinah bermula pada hari Jumaat.

Memetik laporan media tempatan juga, amaran itu turut melibatkan ibu kota Riyadh, Qassim dan Provinsi Timur yang akan mengalami hujan lebat sederhana yang dijangka mengakibatkan arus deras dan banjir.

Sementara itu, hujan batu juga turun dengan lebat di mana para jemaah mencari tempat berlindung dan berpayung.

Diharapkan jemaah umrah dan penduduk di sekitar Makkah berhati-hati dan sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan perubahan cuaca yang mungkin boleh membahayakan.

 

Sumber: hsharifain

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang