KETUA Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat kapal selam OceanGate, Stockton Rush adalah antara mangsa yang terkorban dalam tragedi ekspedisi ke bangkai kapal Titanic.

Kebetulan yang memilukan, Rush didapati berkahwin dengan Wendy Rush iaitu cicit kepada Isidor dan Ida Straus yang meninggal dunia secara tragis dalam bencana Titanic 1912.

Isidor dan Ida adalah dua hartawan paling kaya yang menyertai pelayaran sulung Titanic sebelum ia karam.

Wendy Rush atau nama asalnya Wendy Minnie Weil, salah seorang daripada keturunan keluarga Straus.

Wendy Rush berkahwin dengan jurutera dan CEO OceanGate, Stockton Rush pada tahun 1986.

Baca juga: Kapal selam bawa 4 pelancong termasuk seorang hartawan teroka kapal Titanic hilang, 9 info berkenaan

Hubungan isteri CEO dengan pasangan terkenal Titanic itu disahkan melalui rekod salasilah dan telah menjadi perhatian ketika pencarian kapal selam OceanGate yang hilang berhampiran bangkai Titanic.

Kredit foto: AFP

Isidor dan Ida Straus yang juga pengasas bersama jenama Macy’s memilih untuk terus berada di atas Titanic biarpun telah ditawarkan tempat duduk dalam bot penyelamat.

Ketika cuba diselamatkan, Isidor dikatakan tidak berganjak. Lelaki berusia 67 tahun itu berkata dia tidak akan pergi selagi semua penumpang wanita dan kanak-kanak tidak diselamatkan.

Dalam situasi cemas antara hidup dan mati, Ida juga enggan meninggalkan kapal tanpa Isidor yang telah dikahwini selama 40 tahun.

Cinta sehidup semati, watak Isodor dan Ida dalam babak filem Titanic.

Babak cinta sejati mereka turut difilemkan di dalam filem Titanic arahan James Cameron pada 1997.

Dalam filem berkenaan, Isidor dan Ida digambarkan berbaring di atas katil di kabin kelas pertama mereka ketika air sedang naik memenuhi kapal.

Setia di sisi suami tercinta, Ida menyerahkan sehelai kot tebal BUAT pembantunya, Ellen Bird untuk memanaskan diri ketika di atas bot penyelamat.

Kredit foto: Straus Historical Society

Baca juga: Tragedi kapal selam Titan: Anak bilinoair mulanya enggan ikut, akur sertai ekspedisi gembirakan hati bapa

Menurut saksi di lokasi kejadian 111 tahun lalu, pasangan itu kekal berpelukan di bahagian dek kapal penumpang paling besar di dunia itu sehingga karam.

Dilaporkan mayat Isidor ditemui di laut kira-kira dua minggu selepas bencana itu manakala jasad Ida tidak pernah ditemui.

Menurut salinan arkib New York Times yang diterbitkan pada 13 Mei 1912, patung peringatan untuk pasangan itu dibina di Dewan Carnegie New York City.

Kredit foto: AFP

Kejadian tragis kapal selam Titan yang meneroka bangkai kapal Titanic menjadi perhatian dunia.

Selain Stockton, kesemua penumpang disahkan meninggal dunia.

Empat mangsa lain dikenal pasti sebagai Shahzada Dawood dan anaknya Suleman Dawood, jutawan British Hamish Harding serta Paul-Henri Nargeolet.

Iklan
Kredit foto: AFP

Baca juga: Titan meletup berhampiran kapal Titanic, 5 pengembara sejati disahkan meninggal dunia. 4 info berkaitan

Difahamkan syarikat kapal selam itu mengenakan bayaran sebanyak AS$250,000 (RM1.2 juta) bagi setiap seorang bagi menyertai ekspedisi ke bangkai Titanic yang terletak pada kedalaman 3,800 meter dan 700 kilometer selatan St John’s, Newfoundland.

Kapal selam OceanGate yang mampu memuatkan lima orang itu dilaporkan hilang pada Ahad dengan bekalan oksigen selama empat hari.

OceanGate pada Khamis mengesahkan kesemua penumpang meninggal dunia namun enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya.

Baca juga: KRI Nanggala 402 Masih Belum Ditemui, Oksigen Cukup-Cukup Untuk Hari ini. Isteri WhatsApp Rayu Suami Pulang

Iklan

Sumber: Daily Mail, Wealth

Kredit foto utama: AFP

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!