SEKELIP mata anjing dan kucing ini menjadi jutawan selepas seorang warga emas di China memutuskan untuk menyerahkan kekayaan sebanyak $2.8 juta (RM13.2 juta) kepada haiwan-haiwan kesayangannya itu.

Wanita yang dikenali sebagai Siu dari Shanghai tersebut pada mulanya membuat wasiat yang mana beliau meninggalkan wang dan harta kepada tiga orang anaknya.

Namun, Siu kemudiannya mengubah fikiran kerana sikap mereka yang tidak mengambil berat, tidak melawat atau menjaga ketika beliau jatuh sakit. Malah mereka juga jarang menghubunginya.

Baca juga:Kejam! 15 anak kucing mati direndam air panas, Animal Malaysia tawar RM5,000 kesan pelaku

Wanita itu menyatakan bahawa hanya haiwan peliharaan itu yang ada dengannya.

HARTA PUSAKA

Justeru, Siu menegaskan kesemua harta digunakan untuk menjaga anjing dan kucing tersebut apabila beliau meninggal dunia kelak.

Bahkan, sebuah klinik veterinar tempatan dilantik sebagai pengurus harta pusaka dan bertanggungjawab menjaga haiwan-haiwan tersebut.

Baca juga: [VIDEO] Panik dan cemas dikejar anjing, penghantar makanan terbabas rempuh pagar

Seorang pegawai dari ibu pejabat Pusat Pendaftaran Wasiat China di Beijing, Chen Kai berkata, walaupun si ibu tersebut merancang untuk memberikan semua wang dan harta kepada anjing dan kucingnya itu namun ia tidak dibenarkan di negara tersebut.

“Bagaimanapun, terdapat alternatif untuk menyelesaikan isu ini.

“Cuma satu cara boleh dilakukan iaitu melantik orang yang dipercayai untuk menguruskan wasiat tersebut termasuk klinik doktor haiwan bagi memastikan mereka dijaga dengan baik,” katanya.

Iklan

Baca juga:Hari-hari beri makan kucing dan anjing liar, tindakan bekas guru muzik ini buat ramai tabik hormat

Kisah wanita warga emas itu menimbulkan perdebatan di platform media sosial China dan ramai yang menyokong tindakannya.

“Syabas. Jika anak perempuan saya melayan dengan buruk pada masa hadapan, saya juga akan wasiatkan rumah kepada orang lain,” kata seorang pengguna.

“Betapa kecewa dan sedih beliau membuat keputusan untuk tidak meninggalkan apa-apa kepada anak-anaknya,” kata seorang lagi.

Iklan

Sumber: South China Morning Post.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang