Kejam! 15 anak kucing mati direndam air panas, Animal Malaysia tawar RM5,000 kesan pelaku

KEJAMNYA! 15 ekor anak kucing ditemukan mati dipercayai direndam dengan air panas dalam kejadian di Pasar Borong Jerantut, Pahang, Rabu lalu.

Justeru itu, Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) menawarkan wang ganjaran berjumlah RM5,000 bagi mengesan pelaku kejam yang merendam mati 15 ekor anak kucing tersebut.

Animal Malaysia menerusi kenyataannya di Instagram berkata, kejadian yang disedari oleh seorang pengadu yang merupakan penduduk berdekatan di Jerantut dan diserahkan kepada Animal Malaysia kira-kira pukul 8.00 malam kelmarin.

“Tawaran ganjaran sebanyak RM5,000 kepada sesiapa sahaja yang berjaya merungkai kezaliman pembunuhan dahsyat terhadap 15 anak kucing malang ini bagi menuntut keadilan supaya mengekang kejadian lebih buruk berulang.

Baca juga Hilangkan bau kucing dengan pewangi rumah cara DIY. Guna pelembut pakaian dan garam batu jer

Gambar hiasan (Kredit foto: Freepik)

 

“Saksi sama ada sahabat handai, kaum keluarga dan kenalan yang tahu individu mahupun kumpulan yang sengaja merendam semua anak kucing di Pasar Borong Jerantut hingga menemui kematian ini boleh hubungi Malaysia Animal Crime Transparency – MyAct di www.wasap.my/+60105394749

“Animal Malaysia memberi jaminan kerahsiaan maklumat saksi utama yang berjaya merungkai kes jenayah psikopat ini supaya dapat diadili di mahkamah dan menerima hukuman atas kekejaman dilakukannya,” katanya.

Sebelum ini, Animal Malaysia juga pernah menawarkan wang tunai RM5,000 kepada individu yang menyalurkan maklumat ­berhubung kejadian kekejaman terhadap dua ekor monyet dan seekor biawak di Taman Rimba Kiara dekat Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.

Iklan

Baca juga Membelai dan melihat telatah kucing, terapi bantu pesakit meningkatkan keupayaan diri

Presiden Animal Malaysia, Arie Dwi Andika berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu melalui laman sosial selepas gambar dan video haiwan berkenaan yang cedera dipanah menjadi tular.

Kejamnya! Moga kejadian sebegini tidak berulang lagi.

Iklan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramThreadsYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!