KEJAM adalah perkataan tepat menggambarkan kejadian yang menimpa wanita di Tangshan, Hebei, China ini yang maut selepas digilis teman lelaki.

Lebih menyedihkan wanita bernama Wang berkenaan bukan sahaja dilanggar sekali, malah berulang kali hingga maut.

Baca juga: Wanita dibunuh, mayat dimasukkan dalam guni dibuang tepi longgokan sampah, ini kronologi kes mengerikan

Straits Times melaporkan pasangan itu terdahulu bertengkar. Rakaman video yang tular menerusi laman sosial Weibo memaparkan wanita itu dilanggar dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) sehingga terjatuh.

Difahamkan dua orang awam yang berada berhampiran itu cuba membantu dengan mengeluarkan wanita berkenaan dari bawah kenderaan.

Baca juga: Kejam! Kanak-kanak perempuan 11 tahun maut dipercayai dijerut ibu, 7 fakta berkaitan

Namun teman lelakinya yang bernama Zhang bertindak kejam menghidupkan kembali enjin dan menggilis tubuh wanita itu yang sedang terbaring tidak sedarkan diri di atas jalan berulang kali.

Wanita itu yang mengalami cedera parah kemudian dihantar ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Teman lelaki durjana itu bagaimanapun sempat melarikan diri sebelum ditahan polis kira-kira tiga jam kemudian.

Baca juga: Hati-hati wanita, diumpan tumpang kereta, ibu, anak 6 tahun dinoda lelaki bernafsu binatang

Iklan

Kejadian yang berlaku di kawasan kolam renang awam itu menjadi tular hingga menimbulkan isu keganasan terhadap wanita dalam kalangan masyarakat.

Meetmindful.com mencadangkan lima petanda yang perlu dilihat pada lelaki untuk mengelakkan masalah pada hubungan.

Wanita, jika ada petanda buruk atau red flag’ ini, jangan abaikan.

1.Pasangan yang mudah marah, menjerit, atau melemparkan sesuatu.
2.Memiliki tanda-tanda tingkah laku berahsia atau pembohongan yang berlebihan.
3.Menunjukkan perubahan drastik dan mendadak dalam tingkah laku dan/atau perasaan.
4.Pasangan anda menunjukkan tanda-tanda tingkah laku yang melampau.
5.Tidak pernah meminta maaf atas kesalahan.

Iklan

Sumber: South China Morning Post, Meetmindful.com

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.