KEJAM! Itu yang boleh digambarkan apabila mayat seorang kanak-kanak ditemui di dalam sebuah rumah di Johor.

Kanak-kanak perempuan yang berusia 11 tahun itu ditemui mati di sebuah rumah di Taman Bukit Tropika, Yong Peng, Johor, semalam.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berikut perincian kejadian;

1. Terdapat kesan luka di bahagian dahi dan kesan jerut pada leher mangsa.

2. Siasatan awal kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 4.55 petang semalam.

3. Keterangan saksi-saksi telah diambil untuk mendapatkan fakta kejadian sebenar.

4. Mangsa dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI), Batu Pahat untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

5. Ibu mangsa berusia 34 tahun telah ditahan berikutan terdapat kenyataan diberikan wanita itu tidak konsisten dengan kenyataan saksi-saksi lain.

Baca juga Ibu maut, anak putus kaki motosikal dihempap treler besi, 8 fakta berkaitan

Cuai? Alpa? Lagi kanak-kanak maut tertinggal dalam kereta

6. Ibu mangsa ditahan untuk siasatan lanjut. Suspek telah dibawa ke hadapan Majistret Batu Pahat dan dibenarkan untuk direman selama tujuh hari sehingga 21 Julai.

Iklan

7. Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan.

Baca juga Kanak-kanak 3 tahun maut, ibu bapa cuai tertinggal 6 jam dalam kereta suhu 35 darjah Celsius

Sedihnya, anak-anak kecil yang tidak berdosa sanggup dilakukan sedemikian!

Lagi menyesakkan dada apabila suspek yang melakukan itu adalah ibu kandung sendiri.

Iklan

Moga ahli keluarga bertabah atas kejadian yang berlaku.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk cerita-cerita yang ohsem dan menghiburkan.