Kejamnya! Bapa bakar anak tak siapkan kerja sekolah, ibu cuba selamat, anak maut

A
A
A

KEJAMNYA! Seorang bapa tergamak bertindak di luar kewarasan angkara mengikut amarah diri. Anak yang tidak berdosa dibakar hidup-hidup.

Siapa sangka niat hanya untuk menggertak atau menakutkan anak akhirnya bertukar tragedi ngeri. Anak lelaki maut di tangan ayah sendiri!

Itu yang terjadi di Pakistan, seorang bapa tergamak membakar anaknya hidup-hidup hanya kerana mangsa tidak bersungguh-sungguh semasa menyiapkan kerja sekolah.

Menurut MailOnline, mangsa yang berusia 12 tahun, Shaheer Khan, mengalami kesan melecur serius dalam kejadian yang berlaku pada 14 September lalu di Pekan Orangi, Islamabad.

Shaheer dikejarkan ke hospital sejurus selepas insiden itu, namun disahkan meninggal dunia dua hari selepas menerima rawatan.

Bapanya, Nazir dilaporkan menyimbah minyak tanah ke atas mangsa dan menyalakan mancis dalam usaha untuk menakutkan budak lelaki itu supaya menyiapkan kerja rumahnya.

Pun begitu, perbuatan itu bertukar tragedi apabila nyalaan api menyambar minyak pada badan Shaheer lantas membakar kanak-kanak itu.

Mendengar jeritan anak lelakinya, ibu mangsa, Shazia meluru masuk ke dalam bilik di mana kedua-dua ibu bapanya melemparkan selimut dan pakaian ke arah mangsa dalam usaha terdesak untuk memadamkan api. Namun, usaha mereka tidak mencukupi untuk menyelamatkannya.

Shazia akhirnya membuat laporan polis mengenai perbuatan suaminya dua hari selepas kematian anaknya. Polis menahan Nazir keesokan harinya dan dia akan kekal dalam tahanan sehingga perbicaraan mahkamah pada 24 September ini.

Baca juga Ibu bapa sibuk berkaraoke, tak sedar anak jatuh dari tingkat 3 hotel

Kejamnya! Bapa bakar anak tak siapkan kerja sekolah, ibu cuba selamat, anak maut Kredit gambar: MailOnline

Sementara itu, pegawai polis tempatan, Salim Khan berkata, Nazir menjadi berang apabila Shaheer berkeras mahu keluar bermain layang-layang.

Dia mengarahkan anaknya menjawab beberapa siri soalan mengenai kerja sekolahnya, namun kanak-kanak itu memberi jawapan yang tidak memuaskan.

Ujarnya, suspek memberitahu polis dia menyiram minyak tanah ke atas kanak-kanak itu dan menyalakan mancis dengan niat untuk menakut-nakutkan mangsa.

Itulah kita sebagai ibu bapa sepatutnya mengajar dan mendidik anak sebaiknya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah yang menginspirasikan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang