Kekasih maut selepas terjun bungee akibat salah faham

A
A
A

HAMPIR 100 individu menjadi saksi kejadian menyayat hati apabila seorang wanita maut selepas melakukan aksi terjun bungee di Colombia.

Mangsa, Yecenia Morales, 25, bersama teman lelakinya ingin melakukan sukan lasak tersebut dari atas sebuah jambatan berketinggian 40 meter.

Difahamkan, Morales terus melompat dari atas jambatan tanpa memakai tali keselamatan kerana menyangka isyarat terjunan yang ditujukan kepada kekasihnya adalah untuk dia.

Menerusi rakan sebuah video, Morales melakukan terjunan pada waktu yang sama dengan kekasihnya.

Namun, nasib malang menimpa wanita itu apabila dia jatuh terhempas ke atas permukaan tanah.

Kekasihnya yang sedang melakukan terjunan juga berusaha untuk menyelamatkan wanita malang itu, namun gagal.

Morales kemudian dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia.

Datuk Bandar Fredonia, Antioquia, Gustavo Guzman mengucapkan takziah kepada keluarga Morales disebabkan kemalangan tersebut.

Ahli keluarganya turut bersedih dan menyifatkan Morales sebagai wanita yang periang, ceria dan gemar menari.

Dalam pada itu, polis turut melakukan siasatan ke atas dua buah syarikat yang menawarkan perkhidmatan dan peralatan terjunan di lokasi yang tidak mendapat kebenaran pihak berwajib.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang