BERKHATAN sering menjadi perkara yang ditakuti kanak-kanak lelaki susulan prosesnya yang menyakitkan.

Namun kanak-kanak di Pasuruan, Pulau Jawa Indonesia tidak sedar dirinya dikhatankan ketika membuang air kecil.

Lebih menyeramkan, keluarganya mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh jin.

Perkara itu hanya disedari bapa kanak-kanak berkenaan, Rusman, 41.

Baca juga: Suami sanggup gali kembali kubur isteri. Rupa-rupanya ini sebab kenapa beliau berani berbuat demikian…

“Kejadian berlaku pada Khamis, selepas Maghrib. Sekitar pukul 6.00 petang (waktu tempatan),” kata si bapa bercerita kejadian aneh menimpa puteranya.

Lapor Detik News, Rusman mendakwa perkara itu terjadi sekelip mata.

Menurut Rusman, ketika kejadian anak lelakinya di dalam jagaan neneknya, Sutasi. Kanak-kanak itu kemudiannya membuang air kecil.

Selepas membuang air kecil, kanak-kanak itu kemudian mengeluh sakit di bahagian alat sulitnya. Sutasi membuka seluarnya dan memeriksa.

“Saat dibuka sudah dikhatan. Keadaannya sangat rapi dan tak berdarah,” kata Rusman.

Sutasi menambahkan, dia cuba mengembalikan keadaan alat sulit cucunya kepada normal, namun gagal. Dia yakin cucunya disunat jin.

“Proses sunatnya rapi, tidak berdarah. Jin yang melakukan,” ungkap Sutasi.

Kejadian pelik yang menimpa kanak-kanak berkenaan langsung tersebar dan tular. Penduduk di sekitar juga yakin si kecil itu telah disunat jin.

Iklan

“Saya dapat cerita daripada kaum ibu. Terus saya lihat sendiri keadaan kanak-kanak itu. Memang ternyata ia sudah dikhatankan,” ungkap Zainal, salah seorang jiran mereka.

Menurut Zainal, penduduk setempat yakin kanak-kanak itu disunat jin kerana perkara itu pernah terjadi di beberapa lokasi lain di sekitar

Manakala menurut laporan Warta Bromo, kanak-kanak berkenaan terdahulu bermain di hadapan rumah jiran mereka yang dikenali sebagai Qodir.

Kemudian menjelang Maghrib, kanak-kanak itu dikatakan membuag air kecil di hadapan rumah Qodir. Tidak lama setelah itu, kanak-kanak itu pulang dan memberi tahu nenek alat sulitnya sakit. Neneknya kemudian memberitahu Rusman.

Iklan

Dalam perkembangan terkini, bapa itu telah mendapatkan pengesahan daripada doktor tentang keadaan anaknya, Buat masa ini, anak ketiganya itu diberikan preskripsi ubat dan dipantau perkembangannya.

Walaupun telah berkhatan, Rusman memberitahu si kecil berkenaan tetap aktif bermain.

Baca juga: [VIDEO] Peliknya, fenomena hujan ganjil di Indonesia buat warganet terpukau, terkesima

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Sumber: Detik News,  Warta Bromo