[VIDEO] Peliknya, fenomena hujan ganjil di Indonesia buat warganet terpukau, terkesima

A
A
A

FENOMENA hujan lazimnya meliputi kawasan luas, malah boleh terjadi di beberapa daerah berhampiran pada waktu yang sama.

Seperti kejadian hujan lebat dan ribut yang melanda negara baru-baru ini, bukan setakat Selangor sahaja, malah beberapa negeri lain terjejas termasuk Melaka apabila dilanda bah sekali lagi.

Memang jarang-jarang sekali, limpahan air hujan berlaku di satu-satu tempat saja.

fenomena hujan pelik

Namun, apa yang menghairankan warganet apabila fenomena hujan ganjil yang berlaku di Kabupaten Bekasi, Jawa Barat, Indonesia baru-baru ini memang tak masuk akal.

Mana tidaknya, hujan lebat hanya terkena kepada sebuah kereta jenis SUV sahaja sedangkan deretan kenderaan yang lain kering.

Perkongsian video oleh pengguna TikTok, @uryanriana membuatkan ramai terkesima dan kagum dengan keajaiban tersebut.

fenomena hujan pelik

Dalam video tersebut, pemuda tersebut bersungguh-sungguh memberitahu kepada orang ramai bahawa hujan itu hanya terkena sebuah kereta saja.

Sedangkan kawasan parkir terbuka tersebut tiada bumbung, malah bukan sedikit kenderaan yang terdapat di kawasan tersebut.

Lebih mengejutkan, hujan lebat itu berlaku dalam tempoh yang lama membuatkan orang ramai terpinga-pinga.

@uryanriana♬ suara asli - uryanriana

Pemuda tersebut turut kagum dengan kebesaran ALLAH menulis “ALLAH MAHA KUASA, hujan hanya untuk semobil (satu kereta) saja.”

“Masya-ALLAH, sini saja hujannya. Lihat itu, luar biasa,” katanya yang kehairanan.

Baca juga [VIDEO] Gaya pelik kambing hitam berjalan buat ramai merinding, padanlah pemilik mahu jual cepat-cepat

Video berdurasi 37 saat berkenaan menerima lebih 14.7 juta tontonan dan viral di media sosial.

Rata-rata warganet menyifatkan kejadian itu luar biasa yang pernah berlaku.

fenomena hujan pelik

Tidak kurang juga berseloroh barangkali pemilik kereta kata, katak oh katak kenapa panggil hujan.

fenomena hujan pelik

Husnudzon. Hujan itu rahmat ALLAH.

fenomena hujan pelik

Positif saja. Mungkin pemilik kereta itu rajin beribadah.

fenomena hujan pelik

Tiada yang mustahil jika ALLAH berkehendak.

fenomena hujan pelik

Barangkali doa pemilik kenderaan itu dimakbulkan.

fenomena hujan pelik

Memang pelik. Ramai juga yang beranggapan mungkin pili bomba di belakang kereta tersebut bocor.

Jangan lupa follow kami di Instagram!

Tidak kurang juga komen yang mendakwa mungkin hanya filter saja.

Pun demikian, bagi mereka yang menonton video tersebut boleh menilainya sendiri.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang