BAYANGKAN, apa perasaan anda apabila setiap hari dihantui oleh seorang budak perempuan yang tidak dikenali tiba-tiba muncul di meja makan?

Lebih tepat lagi, bayangan seorang budak yang memakai baju kustom Victorian serba putih dan dianggarkan berumur tujuh tahun.

Itu situasi menyeramkan yang dialami sendiri oleh seorang lelaki, Jon Attenborough sepanjang tempoh pandemik Covid-19 di Scotland.

CBS

Pemuda berusia 31 tahun itu pada mulanya terkedu dan terkejut melihat kelibat lembaga kanak-kanak tersebut yang secara muncul di depannya.

“Pada awalnya memang menyeramkan, mula-mula kanak-kanak itu muncul di rumah, kadang-kadang di dalam kereta api dan ketika sedang bermesyuarat.

“Wajahnya tiada perasaan dan merenung tajam ke arah saya. Pada mula-mula lockdown, bayangan itu hanya datang tiga sekali seminggu, tetapi kini boleh dikatakan hari-hari muncul,” ceritanya.

Kisah rare pemuda yang juga pegawai kewangan sambilan dan jurukempen kurang upaya itu dilaporkan dailymail.co.uk telah menerima pelbagai reaksi warganet.

CBS

Attenborough yang buta pada mata kanan sejak dilahirkan itu mengakui kelibat lembaga kanak-kanak itu sangat real lebih-lebih lagi selepas menjalani pembedahan pada mata kirinya.

Selepas beberapa bulan dibedah, lelaki itu dikatakan hanya nampak bayangan hitam sahaja sebelum kelibat gadis kecil berbaju Victorian itu muncul.

“Sebelum pembedahan mata kiri, saya selalu nampak bunga-bunga tumbuh di dinding dapur dan arnab putih muncul atas meja.

“Semua itu membuatkan saya takut dan bingung untuk memberitahu ahli keluarga lain, bimbang mereka label saya gila,” katanya.

CBS

Iklan

Sebenarnya, masalah penglihatan yang dialami Attenborough adalah disebabkan simptom Charles Bonnet Syndrome (CBS) yang membuatkan dirinya kadang-kadang kebingungan.

Sindrom tersebut dianggarkan mempengaruhi antara 600,000 hingga 1 juta orang di United Kingdom yang berdepan masalah rabun.

Merujuk fakta yang dikongsikan seorang pakar psikiatri visual di King’s College London, Dominic Ffytche, pesakit yang berdepan CBS akan mengalami halusinasi yang jelas.

Bahkan, tempoh berkurung sepanjang pandemik wabak virus korona membuatkan ramai penghidap CBS berdepan episod ngeri apabila dibayangi lembaga menakutkan.

CBS

Iklan

Antara kes yang dikongsikan jurnal BMJ Open Ophthalmology seperti pesakit didatangi lembaga zombi menakutkan.

Perkara itu diakui Ffytche sendiri kerana CBS mendorong pesakit merasai mereka kurang siuman dibayangi imej menakutkan.

Barangkali, impak lockdown memberi kesan kepada emosi pesakit CBS sehingga mereka dibayangi benda-benda aneh, kan?

Harap-harap di Malaysia tiadalah berlaku kes seperti ini. Apa yang penting, jaga kesihatan diri ya sepanjang penularan wabak Covid-19 ini. Kita belum menang lagi!