GARA-GARA terlalu taksub ingin menjadi Angelina Jolie, seorang influencer telah dihukum penjara di Iran kerana kegiatannya di Instagram yang dikatakan menyalahi undang-undang di Iran.

Influencer yang dikenal sebagai Sahar Tabar di Instagram terpaksa berdepan hukuman penjara 10 tahun setelah didakwa atas kesalahan mempromosi dan membawa budaya pengaruh tidak baik dalam kalangan masyarakat.

Gadis berusia 19 tahun itu dilihat menggunakan teknik solekan dan suntingan fotografi untuk mendapatkan rupa seperti Angelina Jolie.

Sahar Tabar atau nama sebenar Fatemeh Khishvand memiliki hampir 500,000 pengikut setelah memuat naik gambar wajahnya yang menyeramkan.

Memetik laporan The Guardian, Fatemeh dituduh menggunakan cara yang salah untuk mempengaruhi anak muda dan tidak menghormati negara itu sebagai sebuah Republik Islam.

Klon Angelina Jolie terpaksa berdepan hukuman penjara 10 tahun

Walaupun banyak komen di bawah gambar-gambarnya ingin tahu di mana dia melakukan pembedahan plastik, Khishvand menegaskan bahawa penampilannya seperti zombi itu adalah hasil solekan dan Photoshop.

Dalam pada itu, melalui tinjauan SinarPlus, akaun Instagramnya juga sudah dinyahaktifkan.

Rekod perubatan menunjukkan Fatemeh menderita penyakit mental, dengan sejarah lawatan ke hospital psikiatri, sekali gus menjadikan hukuman penjara yang panjang itu satu keputusan yang tidak dipersetujui ramai.

Iklan

Kisah Fatemah turut dikongsikan oleh seorang wartawan Iran yang dikenali sebagai Masih Alinejad di laman Twitter memuat naik satu posting yang mengatakan bahawa gadis itu dihukuman 10 tahun penjara hanya kerana bersolek dan menggunakan Photoshop.

Klon Angelina Jolie terpaksa berdepan hukuman penjara 10 tahun

Ibunya juga dikatakan menangis setiap hari untuk membebaskan anak perempuannya yang dikatakan bersalah.

Iklan

Dia turut menyeru orang ramai supaya bersuara untuk membebaskan gadis tersebut dan berharap ada pihak yang tampil untuk membantu gadis malang itu supaya dibebaskan.

Ketika ditemu bual wartawan, Fatemeh juga mendakwa setiap kali dia berkongsikan gambar, dia akan melukis wajahnya dengan cara yang lucu dan itu adalah cara dia mengekspresikan kreativiti dirinya melalui seni.