JIKA anda memiliki RM4.58 juta, barangkali impian untuk mendiami unit kondominium di tengah lautan boleh menjadi kenyataan.

Sebuah kapal persiaran mewah, Storylines Naratif MV baru-baru ini menawarkan ruang kamar bersaiz studio dengan keluasan 22.01 meter persegi kepada orang ramai.

Lapor Business Insider, tawaran eksklusif tersebut terbuka kepada mereka yang berminat untuk menghabiskan sisa hidup dengan mengelilingi dunia.

Storylines Naratif MV menjadi kapal persiaran kediaman mewah pertama di dunia yang menjanjikan pengembaraan tanpa henti bermula pada tahun 2025.

Kondominium tengah laut bernilai RM4.58 juta

Selain memiliki 18 dek dengan pelbagai kemudahan menarik, bahtera premium itu dikatakan boleh memuatkan sekurang-kurangnya 1,000 penghuni.

Menurut portal terkemuka itu lagi, sebanyak 547 unit kondominium terapung yang sudah dibuka untuk jualan, setakat ini dikatakan laku keras.

Mengulas lanjut, Naib Presiden Pemasaran Storylines, Katie Drew-Jensen berkata, beberapa tingkat yang ditawarkan hampir habis dijual.

Kondominium tengah laut bernilai RM4.58 juta

Ini kerana kapal persiaran sepanjang 225.9 meter itu juga memiliki kelebihan fasiliti seperti 20 buah restoran bertaraf lima bintang, petugas perubatan, tiga kolam renang dan pengawal keselamatan.

Lagi menyeronokkan, terdapat kemudahan rekreasi lain yang disediakan seperti boling, taman riadah dan gim seluas 929 meter persegi.

Baca juga Taman tema air gergasi atas kapal mewah lonjakkan adrenalin. Genting Dream juga sediakan makanan halal

Tanpa perlu bersusah payah untuk terbang ke negara orang, kapal pelayaran tersebut akan singgah ke destinasi antarabangsa, antaranya Istanbul, Turki, dan Itali.

Kondominium tengah laut bernilai RM4.58 juta

Berikut reka bentuk dalaman unit studio yang buat netizen terkesima:

i) Setiap bilik lengkap dengan unit storan, almari, televisyen mudah alih.

ii) Katil Murphy jenis boleh lipat bersaiz queen untuk ruang lebih luas.

Kondominium tengah laut bernilai RM4.58 juta

iii) Kemudahan WIFI untuk ruang pejabat persendirian.

iv) Reka bentuk minimalis dengan bar kecil yang menjadi pemisah ruang tamu dan bilik air.

Iklan

v) Desain bilik mandi dengan rona neutral dilengkapi perabot dan meja solek moden.

Baca juga Pesawat Zeppelin moden bakal kejutkan industri penerbangan, kapal terbang penuh kontroversi bakal beroperasi menjelang 2025

Mungkin bagi kebanyakan orang beranggapan nilai RM4.58 juta terlalu mahal untuk unit kondominium tersebut, namun bayangkan jika anda boleh mengelilingi dunia setiap tiga tahun enam bulan?

Kondominium tengah laut bernilai RM4.58 juta

Setiap sen yang dilaburkan pastinya berbaloi!

Pun begitu, kena selidik betul-betul terlebih dahulu kerana setiap pakej kediaman ditawarkan pada harga berbeza.

Iklan

Semuanya bergantung kepada laluan antarabangsa dan saiz kabin yang dipilih. Itu belum termasuk yuran penyelenggaran bulanan bernilai RM9,850.

Kondominium tengah laut bernilai RM4.58 juta

Apa pun, memang menarik tawaran kondominium terapung dengan konsep unik yang diperkenalkan syarikat pelayaran gergasi tersebut.

Bagi mereka yang berduit dan mahu zaman pencen dihabiskan sebaiknya, bolehlah cuba.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi