SESEKALI ‘belanja’ keluarga dan orang tersayang bercuti di atas kapal pelayaran mewah perlu dilakukan demi mencipta momen indah bersama-sama.

Resort World Cruise semestinya satu pilihan terbaik kerana resort berstatus elit itu menawarkan lebih daripada jangkauan pemikiran kita.

Ketika penulis menyertai program The Genting Dream Media Cruise dari Pelabuhan Klang-Pulau Pinang-Singapura anjuran Tourism Selangor dan Resort World Cruise, kami tertarik dengan binaan taman tema air di tengah lautan yang dikenali sebagai Genting Dream.

Masakan tidak, enam gelongsor air gergasi dengan ketinggian empat tingkat dan senarai panjang aktiviti outdoor yang boleh dilakukan menjadikan percutian sesiapa pun meninggalkan kenangan yang cukup manis.

kapal mewah

Paling mahu dicuba adalah cabaran bertali dan ziplines sepanjang 35 meter yang membolehkan pengunjung meluncur laju merentas lautan.

Tidak cukup dengan itu, dinding rock climbing setinggi 7 meter juga bersedia untuk ditawan.

kapal mewah

Bagi menjawab keraguan orang ramai tentang makanan halal, pelancong Muslim boleh tersenyum apabila terdapat variasi kulinari halal yang mengikut standard Institut Piawaian dan Metrologi untuk Negara-Negara Islam/ Kesatuan Negara Islam.

Baca juga Percutian atas kapal mewah Resort World Cruises, ini 8 perkara menarik yang boleh dilakukan

Pengembara atau pelancong beragama Islam diberi akses mudah untuk menikmati makanan bufet dan minuman bertaraf hotel lima bintang di restoran The Lido.

kapal mewah

Pada program empat hari tiga malam itu, pihak media juga diberi peluang meninjau dapur halal yang digunakan untuk memasak menu berbeza pada setiap hari dengan perkakas yang dilabel khas.

Terdapat lif peribadi untuk membawa makanan halal terus ke dek 16.

Bagi penulis, sajian enak yang dihidangkan juga memenuhi cita rasa.

kapal mewah

kapal mewah

Antaranya seperti asam pedas ikan, sotong masak kicap, gulai kambing, salad segar, roti, kuih-muih dan seleksi pencuci mulut yang enak.

Jika perut berkeroncong pada lewat malam, sudut snek kegemaran dibuka hingga pukul 2 pagi.

40,000 tempahan

Terdahulu, Resort World Cruise sudah memulakan pelabuhan dwipertama antara Singapura dan Pelabuhan Klang sejak 18 Julai lalu untuk pilihan laluan pelayaran empat hari tiga malam dan tiga hari dua malam.

Baca juga Makanan halal atas kapal, pelancong Muslim tidak perlu ragu, boleh berlayar dengan senang hati

Penumpang boleh memilih untuk ke destinasi Pulau Pinang-Singapura melalui Pelabuhan Klang yang berlepas pada setiap Isnin, manakala pelayaran Pelabuhan Klang-Singapura pada setiap Khamis dan Sabtu.

kapal mewah

Iklan

Sementara itu, Presiden Resort World Cruise, Michael Goh melahirkan rasa teruja selepas melihat sambutan menggalakkan daripada pasaran Malaysia apabila lebih 40,000 tempahan telah diterima sehingga akhir tahun ini.

“Dengan penambahan Pelabuhan Klang sebagai sebahagian dwipelabuhan, ramai pelancong berpeluang memanfaatkan kemudahan dan menerokai percutian pelayaran melalui Genting Dream,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

kapal mewah

Sementara itu, Pegawai Eksekutif Tourism Selangor, Azrul Shah Mohamad berkata, bagi merancakkan lagi promosi pelancongan di Selangor, percutian bersama Genting Dream dilihat dapat menggandakan kehadiran pelancong masuk ke negeri itu seiring dengan kempen Splendid Selangor, Take Me Anywhere.

“Apa yang pasti, Selangor memiliki kelebihan tapak warisan menarik, pasar raya membeli-belah terkemuka, taman tema, kelab golf dan banyak lagi yang boleh dikunjungi penumpang Genting Dream,” katanya.

kapal mewah

Untuk maklumat lanjut, mengenai pelayaran bersama Resort World Cruise, layari www.rwcruises.com.

INFO tambahan Resort World Cruise

Iklan
  1. Mampu menampung 3,352 penumpang pada satu-satu masa dengan kapasiti 1,674 kabin.
  2. Terdapat pilihan penginapan menarik ditawarkan mengikut kelas tersendiri iaitu:
  • Interior Staterooms
  • Oceanview
  • Balcony staterooms
  • The Palace (suite mewah)

kapal mewah

THE PALACE
Keluasan: 37 hingga 224 meter persegi
Perkhidmatan: Servis butler 24 jam, pakej Wifi standard, perkhidmatan menggosok baju, kemudahan mandian premium, makanan dalam bilik secara percuma untuk tetamu Palace Villa.
Akses: Pilihan eksklusif untuk Restoran The Palace, makanan set di restoran terpilih, keutamaan tempahan di Chef’s Table dan bilik vintaj.

kapal mewah

Antara tawaran inklusif lain:

  • Persembahan pentas antarabangsa dan tayangan filem di teater Zodiac yang boleh memuatkan 1,000 tempat duduk.
  • Kelab Little Dreamer dan arcade untuk si kecil berusia dua hingga 12 tahun yang boleh melakukan pelbagai aktiviti menarik.
  • Spa Crystal Life yang menawarkan servis urutan dan makanan berkonsepkan Asia dan Barat.
  • Pusat beli-belah dengan tawaran butik premium jenama antarabangsa.
  • Sudut Glow Bowling.

kapal mewah

Antara lain kemudahan yang disediakan adalah seperti gelanggang bola keranjang, kolam renang dan jakuzi, padang mini golf, catur gergasi, trek joging, gimnasium dan surau.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di TwitterInstagramYouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi