KEHILANGAN orang tersayang boleh membawa kesengsaraan. Kadangkala kedukaan itu tidak mampu untuk ditanggung.

Duka akibat kehilangan ataupun ‘grief’ dikaitkan dengan pelbagai situasi seperti kehilangan seseorang, harta benda mahupun anggota badan tetapi kehilangan disebabkan kematian adalah di antara jenis yang biasa dihadapi oleh semua orang.

Benarlah kata orang, rindu yang paling sakit ialah rindu kepada orang yang telah tiada. Siapa sangka rasa peritnya kehilangan bukan hanya dilalui oleh manusia malah haiwan juga.

Haiwan juga mempunyai perasaan seperti manusia terutamanya kucing yang jinak dan lebih mudah untuk didekati. Mereka juga ingin dibelai dan dimanja.

Melalui satu perkongsian pengguna laman TikTok, @MeilysiaH.S memaparkan seekor kucing dikatakan mengalami kemurungan setelah ditinggalkan oleh tuannya.

Kucing murung, sugul ditinggalkan tuan, hampir bunuh diri

Kucing oren tu bertindak menolak makanan kerana ingin membunuh diri. Ia yang diberi nama Jongpaal seolah hilang semangat untuk hidup.

Jongpaal yang dulunya berisi makin kurus dan kelihatan sakit. Ia menolak makanan yang diberikan, malah akan memuntahkan kembali makanan yang dimasukkan ke mulutnya.

Risau dengan keadaannya yang tidak lagi ceria seperti dulu, doktor veterinar di sebuah klinik haiwan mencari penjaga yang baru untuk si comel itu.

Baca juga: Black-Footed Cat, kucing kecil berbahaya. Memburu lebih daripada harimau bintang!

Iklan

Kucing murung, sugul ditinggalkan tuan, hampir bunuh diri

Perkongsian yang mendapat 5.3 juta tontonan itu menarik perhatian warganet. Ia memberi kesedaran bahawa masalah depresi harus diambil berat. Tidak hanya kepada manusia malah haiwan peliharaan juga.

Dengan pendekatan dan rawatan yang betul, masalah kemurungan dapat diatasi dengan sebaiknya.

Baca juga: [VIDEO] Penyu belimbing sesat di air tawar, penduduk prihatin sanggup pindahkan ke laut

Iklan

Difahamkan Jongpaal kini sudah semakin pulih dan ceria setelah sebulan dijaga dan meluangkan masa bersama tuan barunya.

Tidak semua mampu berhadapan dan bersedia menerima kehilangan. Bagi manusia yang mengalami kemurungan, penilaian serta rawatan dari pakar psikiatri perlu diberikan agar ia dapat dikawal.

Sumber: Tiktok